Utusan Borneo (Sabah)

Bekalan kelapa untuk Aidilfitri diyakini cukup

-

SIBU: Bekalan kelapa diyakini cukup untuk memenuhi permintaan yang dijangka meningkat semasa musim perayaan Hari Raya Aidilfitri akan datang.

“Bekalan kelapa parut dijangka cukup untuk menampung keperluan pengguna di sini pada Hari Raya Aidilfitri akan datang.

“Bekalan kelapa tua diproses menjadi kelapa parut diperolehi dari Kabong,” kata Ketua Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an (KPDNKK) Sibu Roslee Maslie ketika dihubungi pada Isnin.

Dalam pada itu, Roslee memberi amaran kepada peniaga supaya tidak menaikkan harga barangan yang termaktub dalam harga kawalan.

Peniaga boleh disabitkan kesalahan di bawah Akta Kawalan Harga dan Antipencat­atan 2011 dan individu boleh dikenakan denda sehingga RM100,000 atau menghadapi kompaun sehingga RM50,000.

“Syarikat pula boleh didenda sehingga RM500,000 atau dikenakan kompaun sehingga RM250,000,” jelasnya.

Sementara itu, Osman Omar, 54, menjual kelapa parut di Bandong Walk di sini memulakan perniagaan­nya beberapa bulan lalu.

Beliau menjual kelapa parut biasa pada harga RM6 per kilogram (kg) manakala santan pada harga RM7.40 per kg dan kelapa putih pada harga RM7 per kg.

“Pada hari biasa saya memesan kira-kira 2,000 kelapa bulanan sementara kira-kira 3,000 kelapa semasa bulan puasa.

“Saya masih belum pasti berapa banyak tempahan untuk Hari Raya Aidilfitri. Semua bekalan diperoleh dari Samarahan,” kata Osman.

Beliau berkata, sebelum ini sebiji kelapa berharga RM1 tetapi sejak akhir-akhir ini terdapat sedikit kenaikan harga iaitu antara 20 dan 30 sen sebiji.

 ??  ?? OSMAN menunjukka­n bekalan kelapa mencukupi di Bandong Walk, Sibu.
OSMAN menunjukka­n bekalan kelapa mencukupi di Bandong Walk, Sibu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia