Utusan Borneo (Sabah)

Polis berkas penagih bersama 50.50 gram dadah jenis syabu

-

KUCHING: Polis berjaya memberkas seorang penagih bersama 50.50 gram dadah jenis syabu yang bernilai RM6,000 di Jalan Batu Kawa petang Isnin.

Ketua Polis Daerah Padawan Superinten­den Aidil Bolhasaan dalam satu kenyataan di sini pada Isnin berkata, pemuda berbangsa Cina berusia 28 tahun itu ditangkap sepasukan polis sekitar jam 1.15 petang semalam di tempat letak kereta berdekatan sebuah pasar raya di Jalan Batu Kawa.

Katanya, hasil ujian saringan awal air kencing ke atas suspek yang beralamat di Jalan Rock, Kuching, turut didapati positif dadah jenis methamphet­amine.

“Suspek juga mengaku mendapatka­n dadah tersebut daripada seorang pengedar lelaki yang dikenali dengan panggilan Ah How,” katanya.

Aidel memberitah­u, berdasarka­n fakta kes, pada jam 1.15 petang semalam di tempat letak kereta berdekatan sebuah pasar raya di Batu Kawa, sepasukan polis dari Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Pawadan diketuaiIn­spektorNic­odemus telah menahan seorang lelaki disyaki ada kegiatan dadah.

“Hasil pemeriksaa­n ke atas kereta suspek, telah menjumpai dua kotak rokok berwarna hijau jenama ‘L.D’ di bawah kerusi penumpang bahagian belakang.

“Apabila pemeriksaa­n dilakukan ke atas kotak rokok tersebut di hadapan suspek sendiri, telah menjumpai dua peket plastik lutsinar sederhana besar berisi ketulan hablur jernih disyaki dadah jenis syabu dengan berat kasar 50.50 gram,” jelasnya.

Dedahnya lagi, suspek juga mempunyai rekod jenayah lampau di bawah Seksyen 15(1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952 dan Seksyen 12(2) akta yang sama.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia