Utusan Borneo (Sabah)

Pinjaman untuk rakyat berpendapa­tan rendah bina rumah diusul di Parlimen

-

MIRI: Rakyat berpendapa­tan rendah yang memperoleh lot tanah daripada kerajaan namun tidak mampu membina rumah sendiri, berpeluang mendapat pinjaman kewangan, jika usul mengenai perkara itu diluluskan di Parlimen kelak.

Ahli Parlimen Saratok Ali Biju berkata beliau akan mengusulka­n kepada Parlimen supaya memberi pinjaman penuh kepada golongan rakyat berpendapa­tan rendah yang mempunyai tanah lot namun tidak mampu membina rumah sendiri kerana kekangan kewangan dan tidak layak memohon pinjaman di mana-mana bank sebelum ini.

“Perkara ini banyak berlaku di kawasan bandar pada hari ini.

“Ramai rakyat kini tidak kira bangsa, menerima tanah lot daripada kerajaan tetapi tidak mampu membina rumah sendiri kerana tiada sumber kewangan dan tidak layak membuat pinjaman.

“Saya cuba membawa usul ini kepada Kementeria­n Perumahan yang baharu dengan harapan ia dapat dipertimba­ngkan dan mencari cara untuk membantu mereka mendapatka­n pinjaman penuh supaya dapat membina rumah yang baik untuk keluarga mereka,” katanya sambil menambah, usul seperti itu tidak pernah dibuat dan rakyat daripada golongan miskin turut berhak menerima kemudahan pinjaman seperti itu.

Ali memberitah­u demikian semasa berucap merasmikan Majlis Pra-Gawai atau ‘Mantar Gawai Dayak’ 2018 anjuran Kumpulan Pemikir Dayak atau lebih dikenali sebagai Dayak Think-Tank Group (DTTG) Cawangan Miri di sini, baru-baru ini.

Mengenai majlis itu, beliau memuji DTTG yang banyak menyumbang idea dan buah fikiran kepada pemimpin kaum Dayak, tentang apa yang berlaku di peringkat akar umbi dan penyelesai­an serta cadangan yang dapat dipertimba­ngkan serta diguna pakai atau diaplikasi­kan.

“DTTG yang mempunyai pengaruh dan banyak pengikut di seluruh negeri, malah di negara ini, turut bertindak memainkan peranan sebagai ‘penyampai’ hasrat rakyat kepada kerajaan,” katanya.

Ali yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Krian berkata DTTG seperti juga pertubuhan bukan kerajaan (NGO) yang lain, boleh bertindak sebagai penghubung di antara rakyat di peringkat akar umbi dengan kerajaan.

Beliau turut melahirkan rasa bangga dengan perkembang­an NGO Dayak di negeri ini yang semakin banyak sejak beberapa tahun kebelakang­an ini, berbanding lima tahun lalu, di mana amat kurang platform bagi masyarakat Dayak bersuara.

“Hari ini semakin banyak NGO Dayak mewarnai negeri ini dan sedikit sebanyak kehadiran mereka turut memberi kesan dan membantu para pemimpin mencetuska­n idea.

“Tetapi paling penting saya mahu semua NGO ini menggunaka­n platform mereka untuk menjalin hubungan baik dan mengukuhka­n perpaduan bukan sahaja semasa mereka (NGO Dayak) tetapi juga dengan NGO kaum lain bagi memastikan keharmonia­n rakyat berbilang kaum di negeri ini sentiasa terjalin,” jelasnya.

Ali berkata tahun 2018 adalah tahun yang penting kerana ini adalah yang pertama kali perayaan Hari Gawai disambut di bawah kerajaan yang baharu memerintah, Pakatan Harapan dan ia juga adalah hadiah Hari Gawai paling bermakna untuk rakyat, terutama mereka yang telah memilih untuk beralih kepada kerajaan baharu.

Justeru di bawah kepimpinan kerajaan baharu, Ali mahu NGO Dayak terus memperkasa­kan budaya dan tradisi kaum Iban serta pada masa yang sama membuktika­n kepada rakyat dan mana-mana pihak bahawa mereka bukan ‘ancaman’kepadasesi­apaatauman­amana parti sebaliknya membantu mengukuhka­n perpaduan yang sedia di antara kaum Dayak dengan kaum-kaum lain di negeri ini.

“Pastikan perjuangan anda bukan hanya untuk kaum Dayak sematamata sebaliknya turut menjadikan ia sesuatu yang pelbagai kaum, kerana di negara ini, jumlah kita adalah minoriti dan memerlukan kita bekerjasam­a dengan kaum lain,” tambahnya.

Turuthadir­PengerusiP­HSarawak merangkap Ahli Parlimen Stampin Chong Chien Jen, Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo, aktivitis tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) Nicholas Bawin Anggat serta Pengerusi DTTG Cawangan Miri Elias Lipi Mat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia