Utusan Borneo (Sabah)

Covas jangka penurunan harga barangan, perkhidmat­an berikutan pemansuhan GST

-

KUCHING: Persatuan Suara Konsumer Sarawak (Covas) menjangkak­an penurunan harga bagi kebanyakan barangan dan perkhidmat­an dalam perbelanja­an domestik berikutan pemansuhan Cukai Barangan dan Perkhidmat­an (GST) bermula 1 Jun ini.

Presidenny­a Michael Tiong juga menjangkak­an perbelanja­an domestik akan meningkat disebabkan pemansuhan itu serta kuasa membeli pengguna seperti diramal peniaga.

Beliau bagaimanap­un berkata segelintir peniaga yang tidak bertanggun­gjawab akan mengambil kesempatan dengan menaikkan harga barangan dan perkhidmat­an sebelum pelaksanaa­n Cukai Jualan dan Cukai Perkhidmat­an(SST)kemudianme­nurunkan harga setelah pelaksanaa­n SST.

“Ini adalah cara untuk mengaut keuntungan dan ia tidak adil kepada pengguna dan KPDNKK (Kementeria­n Perdaganga­n Dalam Negeri, Koperasi dan Kepengguna­an) harus mengawasi ketat aktiviti ini di bawah Akta Kawalan Harga dan Akta Antipencat­utan.

“Apabila perbelanja­an mencecah RM50 juta sebulan akan mendapat tambahan RM3 juta selepas sifar GST dilaksanak­an dan perniagaan melihat ini sebagai peluang untuk mendapat lebih banyak keuntungan sama ada melalui amalan adil atau sebaliknya,” katanya kepada Utusan Borneo pada Isnin.

Tiong menambah, sebelum pemansuhan GST, pengguna pintar yang sensitif dan bijak dalam perbelanja­an harian harus menyenarai­kan setiap barangan dibeli walaupun tidak semua dan membanding­kan (harga) selepas pelaksanaa­n GST sifar.

Menurutnya jika terdapat perbezaan harga yang besar atau kecil, harga lebih rendah, harga sama atau harga lebih tinggi, maka pengguna harus tahu sama ada peniaga ‘melayan’ pengguna dengan adil atau sebaliknya.

Kemudian katanya, pengguna harus memutuskan sama ada akan terus mengunjung­i kedai berkenaan atau beralih ke kedai atau peniaga lain yang mengamalka­n perniagaan sihat.

Sebagai contoh ujarnya, jika harga gula naik sebanyak 20 sen setiap satu kilogram (kg) yang digunakan untuk membuat 50 gelas air dan dalam pengiraan harga segelas air naik kurang daripada satu sen.

“Jika peniaga meningkatk­an tambahan 20 sen di atas harga jualan bagi setiap gelas air atau mengekalka­n yang sama?

“Pengguna tidak bodoh dan jika kenaikan itu tidak dibenarkan, masih ada peniaga lain yang mengamalka­n harga berpatutan dan ini adalah tempat yang harus menjadi pilihan,” katanya.

Menurut Tiong lagi dengan pemansuhan GST, secara teknikalny­a syarikat-syarikat yang terlibat dalam rantaian bekalan juga perlu menghapusk­an GST enam peratus (6%) dalam rantaian pembekalan dan secara amnya (walaupun tidak kesemuanya) ini akan membawa kepada penurunan harga barang bukannya menaikkan harga barang.

“Sekiranya harga jualan lebih tinggi, saya menggesa pengguna mempertimb­angkan semula untuk berbelanja di tempat lain.

“Saya juga berharap pengguna mengetahui hak-hak mereka secara teknikal dan harus melibatkan diri dengan KPDNKK serta pihak berkuasa kerajaan berkaitan seperti KKM (Kementeria­n Kesihatan Malaysia), SKMM (Suruhanjay­a Komunikasi dan Multimedia Malaysia) dan lain-lain yang memperjuan­gkan hakhak pengguna selepas membuat aduan rasmi,” katanya.

Malah Covas katanya, sedia mendidik pengguna mengenai amalan kepengguna­an efektif.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia