Utusan Borneo (Sabah)

Imperial Hotel jemput tujuh keluarga buka puasa bersama

Seramai 32 tetamu hotel menerima sumbangan berupa wang tunai

-

KUCHING: Seramai 32 daripada tujuh keluarga dari Petra Jaya dan Santubong telah dijemput oleh pihak pengurusan Imperial Hotel untuk bersama-sama berbuka puasa pada majlis ‘Jom Makan’ di sini kelmarin.

Kesemua mereka turut diberikan sumbangan berupa wang tunai oleh Pengurus Besar Imperial Hotel Patrick Kuek yang turut ditemani Eksekutif Pemasaran Imperial Hotel Kuching Daphne Hii dan Pengarah Pemasaran dan Jualan Imperial Hotel Kuching Irene Tan, di sini.

Pihak pengurusan Imperial Hotel Kuching telah membawakan pasukan kulinari yang pakar dalam menyediaka­n masakan dan kuih-muih asli tradisiona­l termasuk sajian kegemaran antarabang­sa dalam susunan hidangan bufet.

Bulan mulia Ramadan merupakan peluang bagi mereka yang beragama Islam untuk berkumpul bersama keluarga, sahabat handai dan rakan perniagaan untuk berbuka puasa dan merapatkan lagi hubungan silaturahi­m.

Bufet makan malam Jom Makan merupakan menu berbuka puasa yang disediakan sepanjang bulan Ramadan untuk pengunjung Islam dan bukan Islam.

Seleksi menunya termasuk salad dan pembuka selera, menu utama (yang akan bertukar-tukar setiap hari), ‘live station’ (menu memanggang), stesen mi, sudut bubur, sudut makanan jalanan dan pencuci mulut serta aneka pilihan aiskrim.

Permulaan sajian termasuk makanan laut di atas ais seperti udang pisang, tiram, kerang, umai ikan, umai udang, tauhu sumbat, aneka ikan masin, hati ayam dan lembu, gadogado, rojak, sotong kangkung, pelbagai keropok dan banyak lagi menu lain.

Sajian yang mesti dicuba ialah Nasi Arab Kambing, Ayam Shawarma, Ikan Sos Istimewa Cef, Daging Pudina, Sotong Serai dan Ayam Panggang.

Hidangan sup yang disediakan juga berlainan setiap hari seperti sup tulang, sup pedas masam, sup herba ayam, sup ‘Chinese Eight Treasure’, sup tom yam dan sup timun laut.

Menu Ramadan tidak akan sempurna tanpa bubur pedas atau nasi briyani, nasi tomato, nasi kismis, kari kambing, sayur lemak lodeh dan banyak lagi.

Menu Sushi Maki, makanan oriental dan masakan cina turut disediakan di sini.

Pakej Bufet Standard bernilai RM79 bagi dewasa dan RM49 bagi kanak-kanak (berumur lima hingga 12 tahun) sementara pakej semi bufet adalah pada harga RM69 bagi dewasa dan RM39 bagi kanak-kanak dan Pakej Makan Malam Ramadan secara peribadi turut disediakan pihak hotel.

Sebarang pertanyaan boleh diajukan terus ke talian 082588999 (8011) untuk berhubung dengan pegawai eksekutif Imperial Hotel di sini.

Bilik berwuduk dan bersembahy­ang solat turut disediakan di tingkat lima hotel yang sama.

 ??  ?? TETAMU daripada tujuh keluarga dan kakitangan Imperial Hotel Kuching bergambar bersama selepas berbuka puasa.
TETAMU daripada tujuh keluarga dan kakitangan Imperial Hotel Kuching bergambar bersama selepas berbuka puasa.
 ??  ?? KUIH-MUIH tradisiona­l kebiasaann­ya menjadi pembuka selera ketika berbuka puasa.
KUIH-MUIH tradisiona­l kebiasaann­ya menjadi pembuka selera ketika berbuka puasa.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia