Utusan Borneo (Sabah)

Sports Toto ceriakan 15 kanak-kanak istimewa

- Oleh NORWAHIDA YAMALUDDIN

LAHAD DATU: Sports Toto Malaysia Sdn Bhd meraikan seramai 15 kanak-kanak istimewa dari Persatuan Bagi Orang-orang Pekak Sabah Cawangan Daerah Lahad Datu di rumah persatuan itu, di sini pada Selasa.

Pegawai Jualan Kawasan Andrew Lee Ching Leong berkata syarikat melaksanak­an program yang dapat menyemarak­kan keceriaan kanak-kanak untuk menyambut perayaan melalui tanggungja­wab sosial korperat (CSR).

Menurutnya, sempena sambutan Hari Gawai dan Pesta Kaamatan, syarikat tampil menyampaik­an bakti kepada masyarakat khususnya golongan yang memerlukan agar kemeriahan perayaan itu dapat dirai bersama.

“Kami datang ke sini untuk menceriaka­n kanak-kanak agar sambutan hari perayaan nanti lebih menggembir­akan mereka sama seperti yang lain.

“Untuk itu, kami menyediaka­n hidangan dan beg goodies kepada kanak-kanak di sini seterusnya menyampaik­an sumbangan syarikat kepada persatuan ini,” katanya.

Sports Toto menyampaik­an sumbangan bernilai RM3,000 kepada persatuan itu untuk dimanfaatk­an bagi melaksanak­an aktiviti dan keperluan persatuan.

Pengerusi persatuan Bebakur @Nicky Lee amat mengalualu­kan kunjungan syarikat itu dengan harapan kanak-kanak bergembira atas pelaksanaa­n program CSR itu.

Difahamkan, Sports Toto turut melaksanak­an CSR yang sama di Jireh Home di Kota Kinabalu, Persatuan Bagi Orang-orang Pekak Sabah Cawangan Daerah Sandakan pada 24 Mei, The Salvation Army Children’s Home, Kuching (25 Mei) Methodist Children’s Home, Sibu (25 Mei) dan Bintulu Methodhist Children’s Home, Miri (26 Mei).

Di Sabah dan Sarawak, Sports Toto menyumbang sebanyak RM18,000 di semua enam lokasi terpilih berkenaan.

 ??  ?? GAMBAR kenangan sempena program itu.
GAMBAR kenangan sempena program itu.
 ??  ?? ANDREW menyampaik­an replika cek kepada Nicky.
ANDREW menyampaik­an replika cek kepada Nicky.
 ??  ?? ANTARA persembaha­n kanak-kanak dari persatuan itu.
ANTARA persembaha­n kanak-kanak dari persatuan itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia