FamilyRoam tawar perayauan tanpa had percuma di mana-mana negara Asia Tenggara: Maxis
KUCHING: Kekal berhubung apabila berada di luar negara kini amat penting, terutamanya apabila anda perlu ke bandar asing seorang diri atau bersama keluarga.
Sama ada untuk mendapatkan lokasi tempat, menempah kenderaan atau terus berhubung melalui media sosial, mempunyai akses data bagi semua ahli keluarga anda apabila berada di luar negara merupakan satu keperluan yang penting hari ini.
Justeru, menyedari hakikat keperluan untuk menjadikan perayauan lebih mudah bagi keluarga, Maxis Berhad (Maxis) semalam telah memperkenalkan FamilyRoam, yang membolehkan semua pengguna talian perkongsian (Share Line) di bawah Pelan MaxisONE dan MaxisONE Prime untuk menikmati perayauan tanpa had percuma di mana-mana negara dalam Asia Tenggara.
Perayauan di negara-negara ini adalah sama seperti menggunakan pelan mudah alih mereka di Malaysia, kerana setiap pengguna sama ada pada talian utama atau perkongsian akan mempunyai akses kepada panggilan antarabangsa dan SMS tanpa had, serta menggunakan DataPool mereka tanpa had.
“Maxis FamilyRoam adalah tawaran tambahan yang baik bagi produk-produk kami yang berfokuskan kepada keluarga.
“Kami tahu bahawa telefon mudah alih dan Internet adalah penting untuk kehidupan seharian, oleh itu kami ingin seluruh keluarga menikmati pengalaman Internet yang lancar dan bebas bimbang walaupun apabila sedang melancong.
“Tawaran MaxisONE kami dibina untuk sentiasa menawarkan lebih kepada kaum keluarga,” kata Ketua Pascabayar Maxis, Arjun Varma.
Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai Maxis FamilyRoam, lawati www.maxis.com.my/ familyroam.