Utusan Borneo (Sabah)

Kes berkaitan MyKad diselesai setahun

Chong komited bekerjasam­a dengan kerajaan persekutua­n

- Oleh CLARE CINDERELLA

MIRI: Pengerusi Pakatan Harapan (PH) Sarawak Chong Chieng Jen, malam kelmarin memberi jaminan bahawa kes-kes berkaitan kad pengenalan (MyKad) khususnya di negeri ini, akan diselesaik­an dalam masa setahun.

Beliau turut mengulangi komitmenny­a untuk bekerjasam­a dengan kerajaan persekutua­n dalam membentuk sebuah jawatankua­sa khas bagi meneliti perkara tersebut.

“Beri kami satu bulan untuk membentuk jawatankua­sa khas ini yang akan bertanggun­gjawab meneliti perkara ini dan kami akan memastikan kes-kes ketiadaan kad pengenalan ini dapat diselesaik­an dalam tempoh setahun,” katanya.

Chongmeneg­askanbahaw­a perkara itu juga termasuk dalam manifesto PH pada Pilihan Raya Umum Ke-14 yang lalu.

Beliau memberi jaminan tersebut semasa berucap pada Majlis Makan Malam Pra-Gawai Dayak atau ‘Mantar Gawai Dayak’ 2018 anjuran Kumpulan Pemikir Dayak atau Dayak Think-Tank Group (DTTG) Cawangan Miri di sini, malam kelmarin.

“Permohonan untuk MyKad daripada pemohon di negeri ini tertangguh selama bertahunta­hun dengan ada antara anak-anak

(Depan, dari kiri)

mereka kini telah dewasa, namun masih belum memiliki kad pengenalan.

“Saya hanya ingin meminta anda bersabar kerana kami sedang dalam proses menubuhkan kabinet tetapi saya dapat memastikan bahawa kami akan bekerja keras untuk menunaikan janji ini,” katanya .

Sementara itu, majlis tersebut dihadiri dan dirasmikan Ahli Parlimen Saratok Ali Biju selaku ‘Tuai Pengabang’ bagi acara permulaan untuk sambutan Hari Gawai berkenaan.

Turut hadir Setiausaha PH Sarawak yang juga aktivis tanah Hak Adat Bumiputera (NCR) Nicholas Bawin Anggat, Ahli Parlimen Miri Dr Michael Teo serta Pengerusi DTTG Cawangan Miri Elias Lipi Mat.

Majlis ‘Mantar Gawai Dayak’ 2018 itu juga turut menyaksika­n pelancaran penubuhan Sayap Wanita DTTG Cawangan Miri yang diketuai Christina Kelit.

 ??  ?? CHONG bersama Ali, Christina dan Elias bersama-sama memotong kek sempena pelancaran Sayap Wanita DTTG Miri sambil disaksikan ahli-ahli Wanita dan tetamu kehormat yang lain.
CHONG bersama Ali, Christina dan Elias bersama-sama memotong kek sempena pelancaran Sayap Wanita DTTG Miri sambil disaksikan ahli-ahli Wanita dan tetamu kehormat yang lain.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia