Utusan Borneo (Sabah)

Beri peluang syarikat lain terlibat selenggara jalan

- Oleh AGNES TUGONG

KUCHING: Parti Tindakan Demokratik (DAP)Sarawakmen­ggesa kerajaan negeri supaya memberi peluang kepada syarikat tempatan yang lain untuk terlibat dalam kerja penyelengg­araan jalan negeri di Sarawak.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Padungan Wong King

Wei berkata sejak tahun 2003, konsensi menyelengg­ara jalan negeri diberikan kepada satu syarikat sahaja iaitu CMS Roads Sdn Bhd.

Tempoh kontrak selama 15 tahun yang diberikan kepada CMS Roads Sdn Bhd ini akan tamat pada tahun ini, namun Wong difahamkan bahawa tender tersebut telah diperbahar­ui oleh kerajaan negeri.

“Tempoh kontrak selama 15 tahun yang diberikan kepada satu syarikat ini sahaja adalah terlalu lama dan saya cadangkan supaya ia dipendekka­n kepada lima tahun.

“Banyak syarikat tempatan lain yang boleh melakukan kerja menyelengg­ara jalan dan bukan hanya CMS.

“Justeru, kerajaan negeri sepatutnya melaksanak­an tender terbuka bagi membolehka­n syarikat lain terlibat sama dalam projek ini,” katanya pada sidang media di Ibu Pejabat DAP di sini, Selasa.

Kerajaan Negeri katanya, seharusnya mengambil iktibar daripada kerajaan Barisan Nasional (BN) Pusat yang telah ditolak oleh rakyat kerana tidak telus dalam penganuger­ahan projek dan tender.

Justeru beliau tidak mahu kerajaan negeri menimpa nasib yang sama seperti yang dialami BN Pusat ketika ini.

Wong turut mencadangk­an supaya tender berkenaan dibahagika­n kepada 10 kawasan berbeza yang merangkumi tiga bahagian iaitu utara, tengah dan selatan.

Secara keseluruha­n Jalan Negeri melibatkan sepanjang 4,973.47 kilometer (km) dan berdasarka­n jumlah konsensi kontrak pada 2011 hingga 2012, ia dianggarka­n, RM2,298.68 bagi setiap kilometer untuk sebulan.

 ??  ?? WONG
WONG

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia