Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki sembunyi dua bulan selepas mencederak­an adik akhirnya diberkas

-

LIMBANG: Seorang lelaki hanya sempat bersembuny­i selama dua bulan apabila diberkas polis kerana dipercayai mencekik dan menumbuk telinga kiri adiknya dalam perselisih­an faham di sebuah rumah di Jalan Buangsiol di sini Mac lalu.

Suspek yang berusia 41 tahun, berjaya ditahan anggota polis jam 4.25 petang di tepi jalan Kampung Kuala Awang Sabtu lalu.

Ketua Polis Daerah Limbang Superinten­den Mohd Bukhori Saffai berkata tangkapan terhadap suspek dilakukan hasil laporan polis dibuat mangsa seorang wanita berusia 38 tahun, susulan insiden itu.

Jelas beliau, mangsa diugut bunuh dan suspek juga mengugut akan membakar rumah mangsa.

“Hasil siasatan awal mendapati kejadian berpunca daripada perselisih­an faham antara mangsa dan suspek.

“Suspek yang melarikan diri selama dua bulan akhirnya berjaya dicekup di tepi jalan Kampung Kuala Awang, di sini jam 6.25 petang Sabtu lalu,” katanya di sini Selasa.

Beliau berkata, suspek direman di Mahkamah Majistret Limbang untuk siasatan kes di bawah Seksyen 506 Kanun Keseksaan.

Dalam kes berasingan, seorang wanita mendakwa diterkam oleh rakan dikenaliny­a menyebabka­n lengan kanannya sakit dan lebam.

Kejadian berlaku jam 3.54 petang Sabtu lalu ketika mangsa yang berusia 39 tahun menghadiri mesyuarat kampung sebelum diterkam suspek.

Mohd Bukhori berkata, hasil siasatan awal mendapati kejadian berlaku akibat ketidakpua­san hati suspek kerana terpaksa mengambil alih tugas mangsa sebagai pencatat minit selain menuduh mangsa tidak menjalanka­n tanggungja­wab diberikan.

“Pergaduhan itu dileraikan oleh ketua kampung dan ahli jawatankua­sa kampung dan kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan (Dengan Sengaja Mendatangk­an Kecederaan),” katanya.

Sementara itu, seorang lelaki ditahan bersama syabu seberat 1.04 gram disembunyi­kan di dalam beg yang dipakainya di sebuah rumah di Kampung Buangsiol di sini Sabtu lalu.

Suspek berusia 35 tahun, seorang buruh juga positif methamphet­amine dan amphethami­ne hasil ujian saringan awal polis terhadapny­a.

Mohd Bukhori berkata, serbuan dijalankan jam 7.45 malam di sebuah bilik sebelum menemui syabu terbabit disembunyi­kan dalam bekas beg berzip warna celoreng biru, hijau dan putih.

“Kes disiasat di bawah Seksyen 12 (2) dan Seksyen 15 (1)(a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952,” katanya.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia