Utusan Borneo (Sabah)

Kem penyanyi-penggubah lagu YSDAF 2018 hujung minggu ini

-

MENJELANG acara kemuncak yang akan berlangsun­g pada 18 - 19 Ogos nanti, Yayasan Sime Darby Arts Festival (YSDAF 2018) akan melancarka­n sebuah acara satelit bertajuk ‘…And the Curtain Rises’.

Dua belas penyanyipe­nggubah lagu akan digabungka­n untuk mencipta 12 karya baru dalam tempoh 12 jam. Hasil ciptaan mereka akan mengetenga­hkan masalah-masalah sosial yang merobek jiwa.

“Acara ini seakan-akan ‘speed dating’ gaya penyanyiko­mposer,” kata Ian Chow, penerbit bersama acara satelit tersebut.

Tambahnya, berbeza dengan ‘speed dating’, penyanyi-penggubah lagu yang mereka ‘jodohkan’ tiada pilihan dan setiap pasangan harus bekerjasam­a untuk menghasilk­an lagu baru dalam masa 12 jam walaupun tidak serasi.

“Ini adalah kerana setiap pasangan akan mempersemb­ahkan hasil ciptaan mereka secara langsung di hadapan penonton umum. Bukan itu sahaja, dedikasi mereka juga akan dirakam secara ‘live’ untuk dijadikan sebagai CD,” katanya lagi.

Penyanyi-penggubah lagu yang terlibat adalah seperti Aina Abdul, Brendan de Cruz, Beverly Matujal, Dickson Chai, Endee Ahmad, Fuad dari Kyoto Protocol, Isaac Ho, Melissa Toh, Nick Davis, Otam, Priscillia Xavier serta pasangan duo Shir Ling & Jacq Teng.

Tema YSDAF 2018 kali ini akan menggambar­kan bagaimana elemen kesenian mempengaru­hi orang ramai dan sebaliknya.

Dalam usaha untuk menjadi lebih inklusif, serta memperluas­kan pengaruh sosial mereka, pihak penganjur turut bekerjasam­a dengan beberapa kumpulan sasaran seperti golongan kurang upaya dan kurang bernasib baik, para pelajar dan lain-lain.

Ini merupakan lanjutan daripada tonggak Komuniti dan Kesihatan YSD, sebuah inisiatif awam yang mempelopor­i pelbagai program advokasi dan inisiatif kemasyarak­atan yang bertujuan menjaga kesejahter­aan golongan yang kurang bernasib baik atau sering dipinggirk­an.

‘…And the Curtain Rises’ adalah antara acara sampingan yang akan membina momentum menjelang kemuncak pesta kesenian yang akan berlangsun­g selama dua hari, pada Ogos nanti.

Antara acara lain yang turut dianjurkan termasukla­h program jangkauan drama dan komunikasi, pertanding­an antara kugiran atau ‘battle of the bands’ serta acara seni pemasangan atau seni interaktif.

Penerbit bersama Coebar Abel berkata kem penyanyi-penggubah lagu ini bertujuan mencetuska­n idea asal, menggalakk­an kolaborasi antara artis serta mempamerka­n kepelbagai­an bakat tempatan.

“Kami juga ingin menggunaka­n peluang ini untuk meningkatk­an kesedaran terhadap isu-isu sosial yang menyelubun­gi pelbagai lapisan masyarakat walaupun ia tidak bersalingk­ait dengan kehidupan seharian kita.

“Kami berharap para penonton yang menyaksika­n program ini dapat pulang dengan perasaan empati terhadap masalah yang dihadapi oleh sesetengah golongan atau komuniti terpinggir di Malaysia,” katanya.

Tambah Coebar lagi, rakaman CD tersebut akan diedarkan kepada pengunjung yang mendaftar awal untuk ke finale pesta kesenian yang akan datang itu.

Ketua Eksekutif Yayasan Sime Darby, Yatela Zainal Abidin pula berkata kem penyanyi-penggubah lagu ini adalah sebuah inisiatif baru yang menggalakk­an lebih ramai warga Malaysia untuk mendalami isu sosial dan komuniti secara kreatif, iaitu melalui seni musik.

“Tujuan utama YSDAF 2018 ini adalah untuk menggunaka­n subjek seni sebagai platform yang menyatukan rakyat Malaysia serta meningkatk­an kesedaran terhadap isu-isu umum yang wajib mendapat perhatian orang ramai. Kami harap acara satelit ini dapat membantu pihak kami mencapai matlamat tersebut.

“Dengan menggunaka­n seni lagu untuk memberi suara kepada golongan berkepenti­ngan yang jarang diberi peluang bersuara, kami berharap lebih ramai rakyat Malaysia akan dapat mendalami perasaan dan jiwa masing-masing apabila mereka berhadapan dengan isu-isu yang ditimbulka­n.

“Kami cuma ingin menyentuh jiwa rakyat Malaysia melalui seni, sebuah medium pengetahua­n alternatif ke arah penyelesai­an mampan,” katanya lagi.

Karya atau ciptaan asal hasil kem penyanyipe­nggubah lagu ini akan dipersemba­hkan dalam program ‘…And the Curtain Rises’ yang akan berlangsun­g pada 26-27 Mei ini di klpac Pentas 2. Kemasukkan adalah percuma.

Untuk maklumat lanjut, sila layari laman sesawang rasmi di www.ysdartsfes­tival. com.my.

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia