Utusan Borneo (Sabah)

Ieda Moin & Amyza Aznan kembali kecoh di dapur sepanjang Ramadan di TV2

-

BUAT tahun ketiga berturut-turut penonton saluran TV2, RTM dihiburkan dengan celoteh dua pelakon Ieda Moin dan Amyza Aznan yang digandingk­an dalam program ‘Kecoh Dapur’ yang masuk tahun ketiga siarannya.

Berkonsepk­an pengembara­an demonstras­i memasak hidangan terpilih sebagai juadah berbuka puasa, program ini bersiaran setiap hari, jam 4.00 petang menerusi TV2.

Dua pengacara ini akan ke sesebuah lokasi terpilih dan berkunjung ke rumah seseorang dengan disertai penduduk kampung yang lainnya untuk mempelajar­i dan menunjukka­n cara-cara menyediaka­n masakan yang sesuai untuk berbuka puasa.

Setelah selesai memasak, mereka akan ke rumah beberapa orang penduduk untuk memberikan hidangan tersebut sebagai hidangan berbuka puasa.

Antara lokasi yang menjadi pilihan pada musim kali ini adalah Kg. Sungai Masin, Batang Kali, Selangor di mana mereka menunjukka­n cara-cara untuk menyediaka­n tiga jenis masakan iaitu Bebola Ubi Salju, Terung Muhibah Rasa dan Gulai Kerisik Desa.

Setelah selesai memasak, juadah tersebut diagihagih­kan kepada penduduk-penduduk yang terpilih sebagai hidangan berbuka puasa bersama keluarga.

Episod di Kg. Fajar, Selangor, Amyza dan Ieda bersama Pak Ayob memaparkan Madu Kelulut yang dihasilkan di kampung tersebut.

Kemudian mereka berkunjung ke rumah Puan Ina untuk melihat resipi juadah berbuka puasa yang akan disediakan buat tatapan penonton.

Menu yang dipaparkan beliau ialah Bingka Kukus Pandan manakala Puan Maryani menunjukka­n demo masakan Serunding Udang Geragau. Encik Mohsin pula memasak Kari Ayam Kerisik.

 ??  ?? GANDINGAN pengacara Ieda Moin dan Amyza Aznan dalam ‘Kecoh Dapur 3’.
GANDINGAN pengacara Ieda Moin dan Amyza Aznan dalam ‘Kecoh Dapur 3’.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia