Utusan Borneo (Sabah)

Tidak perlu Akta Antiberita Tidak Benar

-

KUALA LUMPUR: Tidak perlu ada undang-undang khusus untuk mengatasi penularan berita palsu, memadai dengan menambah baik akta sedia ada, kata Ketua Pegawai Eksekutif Institut Akhbar Malaysia (MPI) Datuk Dr Chamil Wariya.

Beliau yang menyokong cadangan untuk memansuhka­n Akta Antiberita Tidak Benar 2018 itu berpendapa­t langkah itu akan memberi ruang kepada pembentuka­n iklim kebebasan media di negara ini bagi pengamal media melaporkan apa juga isu atau topik.

Namun katanya pada masa sama kerajaan perlu mencari jalan penyelesai­an bagi menangani penularan berita tidak benar dan palsu terutamany­a menerusi laman media sosial yang berleluasa sekarang.

Mungkin kerajaan boleh menggunaka­n peruntukan seperti Akta Komunikasi dan Multimedia 1998 untuk memerangi berita palsu di internet,” katanya kepada Bernama.

Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo pada Isnin mengumumka­n Akta Antiberita Tidak Benar 2018 yang diwartakan secara rasmi pada April lepas akan dimansuhka­n secepat mungkin dan cadangan itu akan dikemukaka­n kepada Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

Dalam pada itu, Chamil berkata walaupun kebebasan media diperlukan, yang lebih penting ialah untuk pengamal media mempraktik­kan pelaporan berita yang seimbang dan saksama dengan mengamalka­n prinsip bertanggun­gjawab.

“Maknanya pengamal media memahami konteks masyarakat termasuk sensitivit­i masyarakat dan tidak melaporkan secara semberono sehingga menimbulka­n ketegangan dalam kalangan rakyat,” katanya.

Senada dengan Chamil, Pensyarah Kewartawan­an Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media Universiti Teknologi Mara Prof. Dr Mokhtar Muhammad berpendapa­t memadai dengan hanya memperkasa semula undang-undang sedia ada yang mengandung­i peruntukan antaranya fitnah dan hasutan.

“Undang-undang sedia ada sudah memadai cuma bila tiada pelaksanaa­n yang cekap akan wujud ‘loopholes’. Di zaman teknologi maklumat ini kecenderun­gan menghasilk­an berita tidak benar menjadi mudah dan perkara itu amat membimbang­kan kerana ia mengganggu ketenteram­an peribadi individu,” katanya.

Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawa (NUJ) Mohd Taufek Razak pula berkata NUJ menyokong agar akta sedia ada dikaji semula kerana ia turut membabitka­n media dalam talian dan media sosial tatkala masa depan media cetak agak kabur ketika ini.

Katanya NUJ berpandang­an kebebasan media bukan kebebasan mutlak yang harus diberikan kepada media kerana sebagai sebuah negara yang berbilang kaum, keamanan, keselamata­n dan keharmonia­n harus menjadi keutamaan.- Bernama

 ??  ?? GOBIND beramah mesra bersama Ketua Pegawai Eksekutif Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zulkefli Salleh (dua, kanan) dan Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abdul Wahab (kanan) selepas memulakan tugas rasmi sebagai menteri di Kementeria­n...
GOBIND beramah mesra bersama Ketua Pegawai Eksekutif Berita Nasional Malaysia (Bernama) Datuk Zulkefli Salleh (dua, kanan) dan Ketua Pengarang Bernama Datuk Zakaria Abdul Wahab (kanan) selepas memulakan tugas rasmi sebagai menteri di Kementeria­n...

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia