Utusan Borneo (Sabah)

Abbas alami radang paru-paru, keadaan semakin baik: Doktor

-

Presiden Palestin Mahmud Abbas sedang mengalami radang paru-paru tetapi keadaannya semakin baik, kata pegawai lewat kelmarin.

“Saya melawat Presiden Abbas di hospital malam tadi. Beliau mengalami radang paru-paru dan dirawat dengan antibiotik,” kata Ahmed Tibi, seorang ahli Arab dalam Parlimen Israel, dalam Twitter, dan menambah keadaan pemimpin berusia 83 tahun itu “sudah semakin baik dengan ketara”.

Dalam media rasmi, Saed Sarahna, ketua Hospital Arab Istishari berhampira­n Ramallah di Tebing Barat yang diduduki Israel, berkata Abbas mengalami “jangkitan dalam paru-paru kanannya”.

“Beliau diberi rawatan perlu dan kini sedang pulih,” kata Sarahna.

Gambar Abbas yang sedang berjalan-jalan dalam wad dan membaca surat khabar turut diterbitka­n, dalam usaha yang dipercayai untuk meredakan khabar angin bahawa keadaannya semakin tenat.

Media rasmi berkata beliau sudah bercakap dengan beberapa ahli politik tempatan untuk memberi jaminan kepada mereka tentang kesihatann­ya.

Tibi, yang juga seorang doktor, berkata beliau menjangka Abbas akan meluangkan masa “beberapa hari lagi” di hospital.

Abbas dimasukkan ke hospital Ahad lepas dengan kerumitan ekoran pembedahan telinga, selain turut mengadu tentang sakit dada.

Kesihatan Abbas kerap menjadi subjek spekulasi, tanpa pengganti jelas yang dikenal pasti.

Pada Februari lalu, beliau menjalani apa yang disebut sebagai pemeriksaa­n perubatan rutin di Amerika Syarikat.

Abbas memenangi penggal selama empat tahun sebagai presiden pada 2005, tetapi beliau kekal memegang jawatan itu selepas pilihan raya tidak diadakan.

Abbas mendakwa perpecahan antara partinya Fatah dengan puak Islamis, Hamas, yang menguasai Semenanjun­g Gaza, telah menyebabka­n pilihan raya mustahil diadakan dari segi politik.

Seorang pemimpin sederhana, beliau terlibat selama berdekad-dekad dalam rundingan dengan Israel tetapi tidak popular di kalangan penduduk Palestin, dan majoriti daripada mereka mahu beliau meletak jawatan. — AFP

 ?? — Gambar Reuters ?? GAMBAR serahan Pejabat Presiden Palestin (PPO) menunjukka­n Abbas membaca surat khabar di hospital di Ramallah, di wilayah Tebing Barat, kelmarin.
— Gambar Reuters GAMBAR serahan Pejabat Presiden Palestin (PPO) menunjukka­n Abbas membaca surat khabar di hospital di Ramallah, di wilayah Tebing Barat, kelmarin.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia