Utusan Borneo (Sabah)

Anggota Kabinet baharu mula tugas

Pengerusik­an mesyuarat bersama pegawai kanan masing-masing

-

PUTRAJAYA: Beberapa anggota Kabinet baharu kerajaan Pakatan Harapan memulakan tugas secara rasmidikem­enterianma­singmasing pagi Selasa.

Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail tiba di Bangunan Perdana Putra di sini pada 10 pagi sebelum menandatan­gani surat memulakan tugas serta kemudianny­a menghadiri taklimat khas Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Dr Ali Hamsa.

Turut memulakan tugas secara rasmi pagi Selasa Tan Sri Muhyiddin Yassin sebagai MenteriDal­amNegeri(KDN), yang juga satu-satunya anggota kabinet baharu yang pernah berkhidmat dengan kerajaan sebelum ini, tiba di ibu pejabat KDN, di sini, pada 9 pagi.

Antara yang hadir menyambut ketibaan Muhyiddin ialah Ketua Setiausaha KDN Datuk Seri Alwi Ibrahim, Ketua Polis Negara Tan Sri Mohamad Fuzi Harun dan Ketua Pengarah Imigresen Datuk Seri Mustafar Ali.

Jadual hari pertama beliau dimulakan dengan mempengeru­sikan mesyuarat bersama ketua-ketua jabatan dan agensi seliaan KDN.

Muhyiddin yang juga presidenPa­rtiPribumi­Bersatu Malaysia turut dijadualka­n mengadakan sidang media selepas mesyuarat itu pada 12 tengah hari.

Selain itu, Menteri Komunikasi dan Multimedia Gobind Singh Deo pula tiba di bangunan kementeria­n itu di sini pada 8.15 minit pagi, sebelum memulakan jadual hari pertama beliau dengan menghadiri taklimat bersama anggota pengurusan kementeria­n dan agensi terlibat.

Selain itu, Menteri Pertahanan baharu Mohamad Sabu memulakan tugas rasminya pada Selasa dan disambut dengan tabik hormat kawalan kehormatan utama di Dataran Wisma Pertahanan di Jalan Padang Tembak, pagi Selasa.

Menteri Hal Ehwal Ekonomi Datuk Seri Mohamed Azmin Ali yang melapor diri di pejabatnya pada 7.45 pagi, memulakan tugas dengan mendengar taklimat daripada pegawai pengurusan Unit Perancang Ekonomi (EPU) dan Jabatan Perdana Menteri.

Pada sidang media pertamanya, Azmin antara lain memaklumka­n kerajaan akan meneliti semula projekproj­ek mega dan projek yang telah diberi Surat Setuju Terima (SST) yang telah diluluskan sewaktu pentadbira­n terdahulu.

Turut memulakan tugas pagi Selasa Menteri Pembanguna­n Luar Bandar Rina Mohd Harun, Menteri Pendidikan Dr Maszlee Malik, Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad, Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Zuraida Kamaruddin serta Menteri Pengangkut­an Anthony Loke. -Bernama

 ??  ?? DR Wan Azizah hadir taklimat oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa (dua, kanan) ketika memulakan tugas pada hari pertama di Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, pada Selasa. -Gambar Bernama
DR Wan Azizah hadir taklimat oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa (dua, kanan) ketika memulakan tugas pada hari pertama di Pejabat Timbalan Perdana Menteri, Bangunan Perdana Putra, pada Selasa. -Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia