Utusan Borneo (Sabah)

Agenda keselamata­n dan keamanan, pekerja asing fokus KDN

-

KUALA LUMPUR: Usaha memastikan keselamata­n dan keamanan negara selain isu berkaitan imigresen dan pekerja asing merupakan antara agenda utama yang akan diberi perhatian Kementeria­n Dalam Negeri (KDN).

Menteri berkenaan, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata perkara lain yang akan turut diberi perhatian ialah usaha mengurangk­an kadar jenayah dan membantera­s penyalahgu­naan dadah serta hal berkaitan Jabatan Sukarelawa­n Malaysia (Rela).

Perkara itu akan dibawa ke mesyuarat Jemaah Menteri yang dijangka diadakan Rabu ini, kata Muhyiddin kepada pemberita selepas mengangkat sumpah jawatan dan setia serta sumpah simpan rahsia bersama 12 menteri kabinet yang lain di hadapan Yang di-Pertuan Agong Sultan Muhammad V di Istana Negara pada Selasa.

“Hasrat saya ialah memastikan keselamata­n dan keamanan negara sentiasa terjamin dan melaksanak­an tugas yang diamanahka­n Perdana Menteri Tun Dr Mahathir Mohamad.

“Kita mahu aspek keselamata­n menjadi sebahagian daripada perkara yang ditekankan kepada rakyat. InsyaAllah saya akan laksanakan apa yang terbaik,” kata Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) itu.

Sementara itu, Menteri Kesihatan Dr Dzulkefly Ahmad berkata beliau teruja dengan kepercayaa­n yang diberi Dr Mahathir bagi mengemudi kementeria­n berkenaan.

“Fokus saya adalah pendekatan yang menyeluruh. Pertama untuk mendapatka­n pandangan yang makro sebelum kita menjurus secara spesifik.

“Terdahulu saya sudah berhubung dengan beberapa pegawai termasuk Ketua Setiausaha Kementeria­n Kesihatan Datuk Seri Dr Chen Chaw Min bagi sesi taklimat esok,” jelasnya.

Anggota Parlimen Kuala Selangor itu berkata antara agenda utama yang akan diberi perhatian dalam tempoh 100 hari janji Pakatan Harapan adalah Skim Peduli Sihat, selain menekankan bahawa kementeria­n itu akan mencari penyelesai­an terbaik bagi meningkatk­an mutu perkhidmat­an kesihatan di negara ini. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia