Utusan Borneo (Sabah)

Jalan 1/65A secara rasmi ditukarkan kepada Jalan Bernama

-

KUALA LUMPUR: Ibu pejabat Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) kini secara rasmi terletak di Jalan Bernama.

Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) pada Selasa memasang papan tanda “Jalan Bernama” menggantik­an Jalan 1/65A dari Jalan Tun Razak ke Wisma Bernama dan “Lorong Bernama” menggantik­an Jalan 2 / 65A yang terletak bersebelah­an.

Penukaran papan tanda nama jalan itu dilakukan oleh kontraktor DBKL pada 12.30 tengah hari Selasa dengan disaksikan oleh pengerusi Bernama Datuk Seri Azman Ujang, Ketua Pegawai Eksekutif Datuk Zulkefli Salleh, Ketua Pengarang Datuk Zakaria Abdul Wahab dan beberapa eksekutif kanan Bernama.

Bekas Menteri Wilayah Persekutua­n Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor menerima cadangan yang dikemukaka­n oleh Azman bagi nama Jalan 1/65A ditukarkan kepada Jalan Bernama dan Jalan 2/65A ditukarkan kepada Lorong Bernama.

Wisma Bernama ialah bangunan pertama tertinggi dibina di Jalan 1/65A dan agensi berita itu telah beroperasi dari premis tersebut sejak 1984.

Azman pada Selasa menyifatka­n penamaan Jalan Bernama dan Lorong Bernama sebagai “hadiah yang tidak ternilai” bagi Bernama dalam usaha membangunk­an negara sejajar dengan peranannya sebagai agensi berita rasmi negara.

“Kami (warga Bernama) sangat teruja dengan penukaran nama baharu itu terutama saya sendiri apabila pertama kali melihat papan tanda baharu untuk nama jalan dan lorong itu.

“Kami amat berterima kasih kepada (Dewan Bandaraya Kuala Lumpur) kerana bersetuju dan memasang papan tanda untuk nama baharu jalan itu,” kata Azman Ujang pada majlis perasmian penukaran papan tanda Jalan Bernama dan Lorong Bernama, di Wisma Bernama, di sini pada Selasa.

Azman juga berkata penukaran nama baharu itu dilakukan tepat pada masanya iaitu sehari selepas Bernama menyambut Ulang Tahunnya ke-51. Bernama diitubuhka­n di bawah Akta Parlimen pada 1967 dan mula beroperasi sebagai agensi berita pada 20 Mei, 1968.

Beliau berkata penamaan jalan itu adalah sejajar dengan penjelmaan Malaysia Baharu yang kini diterajui oleh kerajaan Pakatan Harapan yang baru dibentuk.

Ketika ditanya apakah maknanya penamaan jalan itu kepada generasi Bernama pada masa depan, Azman menggesa wartawan muda agensi itu untuk komited sepenuhnya bagi mengekalka­n kewibawaan Bernama sebagai agensi berita yang bukan sahaja menjadi sumber maklumat untuk warga tempatan tetapi juga masyarakat antarabang­sa.

“Justeru, adalah amat penting untuk mematuhi etika kewartawan­an terutama dalam era ini apabila semua orang mula bercakap tentang berita palsu’,” kata beliau. -Bernama

 ??  ?? ZULKIFLI (kanan) bersama Zakaria bergambar di hadapan nama jalan yang telah ditukar dari Jalan 2/65A kepada Lorong Bernama, pada Selasa. Gambar Bernama
ZULKIFLI (kanan) bersama Zakaria bergambar di hadapan nama jalan yang telah ditukar dari Jalan 2/65A kepada Lorong Bernama, pada Selasa. Gambar Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia