Utusan Borneo (Sabah)

Adun Elopura tumpu isu infrastruk­tur, kebersihan

-

SANDAKAN: Anggota Dewan Undangan Negeri Elopura Calvin Chong akan mula menumpukan perhatian untuk mengatasi masalah kritikal berkaitan kemudahan infrastruk­tur dan kebersihan.

Pengerusi DAP Elopura itu berkata isu berkaitan infrastruk­tur seperti jalan raya rosak, kekurangan dan kerosakan lampu jalan serta tekanan bekalan air rendah perlu diatasi bagi memastikan penduduk setempat dapat menjalani kehidupan yang baik selain.

“Saya akan memastikan masalah itu yang dianggap kritikal untuk diatasi dalam fasa pertama saya menjadi wakil rakyat di kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) Elopura,” katanya ketika ditemui selepas mengadakan perjumpaan dengan Timbalan Presiden Majlis Perbandara­n Sandakan (MPS) Hamsan Awang Supain, di sini pada Selasa.

Hadir sama Menteri Kesihatan dan Kesejahter­aan Rakyat Stephen Wong Tien Fatt.

Beliau berkata untuk fasa kedua nanti, tumpuannya adalah menjurus kepada usaha menjana pendapatan masyarakat menerusi pembukaan kawasan pasar malam baharu berkonsepk­an kebudayaan dan warisan yang akan mempersemb­ahkan kumpulan kebudayaan dari beberapa suku kaum.

Antara kawasan yang dikenal pasti adalah di Bandar IJM Utama di Batu 6 .

Calvin berkata beliau akan bekerjasam­a rapat dengan agensi berkaitan khususnya MPS untuk mengatasi masalah berkaitan infrastruk­tur membabitka­n masyarakat.

Beliau memenangi kerusi DUN Elopura dengan majoriti undi 6,647 selepas mengalahka­n calon Barisan Nasional Chan Tzun Hei, pada Pilihan Raya Umum Ke-14, 9 Mei lepas. Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia