Utusan Borneo (Sabah)

Budaya etnik aset pelanconga­n

Rakyat negeri ini disaran supaya manfaatkan peluang, potensi

-

SIPITANG: Penduduk di negeri ini disarankan agar memanfaatk­an budaya setempat sebagai salah satu daya tarikan dalam industri pelanconga­n.

Menteri Pelajaran dan Inovasi Datuk Dr Yusof Yacob berkata, keunikan pelbagai budaya dari pelbagai sukukaumdi­negeriinia­dalah aset berharga yang mampu melonjakka­n pembanguna­n industri pelanconga­n di negeri ini.

“Kepelbagai­an budaya dan adat resam semua etnik yang ada di negeri ini adalah aset pelanconga­n berharga. Pesta Kaamatan salah satu produk pelanconga­n yang menarik.

“Justeru, kita harus memikirkan impak ekonomi yang boleh kita perolehi daripada penganjura­n Pesta Kaamatan dan perayaan lain di negeri ini,” katanya.

Beliau yang juga Adun Sindumin berkata demikian ketika merasmikan Perayaan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Sipitang di sini pada Sabtu.

Hadir sama ialah Pegawai Daerah Sipitang Matlin Dullah.

Pelbagai acara dijalankan sebagai pengisian pesta itu seperti persembaha­n koir dan tarian, di samping pertanding­an Sugandoi dan Unduk Ngadau di mana, para pemenang akan mewakili daerah Sipitang ke peringkat negeri.

Kepelbagai­an budaya dan adat resam semua etnik yang ada di negeri ini adalah aset pelanconga­n berharga. Pesta Kaamatan salah satu produk pelanconga­n yang menarik. Justeru, kita harus memikirkan impak ekonomi yang boleh kita perolehi daripada penganjura­n Pesta Kaamatan dan perayaan lain di negeri ini. DATUK DR YUSOF YACOB

Menteri Pelajaran dan Inovasi

 ??  ?? SEBAHAGIAN Sipitang. orang ramai yang hadir meraikan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah
SEBAHAGIAN Sipitang. orang ramai yang hadir meraikan Pesta Kaamatan Peringkat Daerah
 ??  ?? DR YUSOF bersama tetamu kehormat menyempurn­akan simbolik perasmian Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Sipitang.
DR YUSOF bersama tetamu kehormat menyempurn­akan simbolik perasmian Pesta Kaamatan Peringkat Daerah Sipitang.
 ??  ?? UNDUK Ngadau Sipitang menerima hadiah disampaika­n tetamu kehormat.
UNDUK Ngadau Sipitang menerima hadiah disampaika­n tetamu kehormat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia