Utusan Borneo (Sabah)

PayNet umum pemenang Kempen e-Pembayaran Sabah

-

KUALA LUMPUR: Payments Network Malaysia Sdn Bhd (PayNet), pengendali sistem pembayaran elektronik MyDebit dan JomPAY, mengumumka­n lebih 40 pemenang Kempen ePembayara­n di Jabatan dan Agensi Kerajaan Negeri Sabah baru-baru ini.

Majlis penyampaia­n hadiah itu berlangsun­g di Pejabat Bank Negara Malaysia Kota Kinabalu.

‘Kempen e-Pembayaran Sabah’ diadakan melalui dua siri iaitu Kempen MyDebit dan Kempen JomPAY bermula 4 Ogos 2017 hingga 31 Mac 2018 bersempena Karnival Kewangan Sabah anjuran Bank Negara Malaysia (BNM) bersama industri kewangan.

PayNet dalam satu kenyataan hari ini berkata seramai 13 pemenang siri Kempen JomPAY dipilih memenangi sembilan peranti iPad Pro serta empat iPhone 7.

Bagi siri Kempen MyDebit, Lee Kam See dari Sandakan telah berjaya membawa pulang sebuah kereta Perodua Bezza sementara 30 pemenang lain masing-masing memenangi hadiah saguhati berupa telefon pintar Samsung Galaxy S8 .

Anugerah agensi terbaik pula dimenangi Universiti Malaysia Sabah, Jabatan Air Sabah dan Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional, Cawangan Sabah.

Kempen e-Pembayaran Sabah diadakan bagi meningkatk­an kesedaran serta menggalakk­an penggunaan pembayaran secara elektronik dalam kalangan pengguna di Sabah sama ada melalui pembayaran di kaunter atau secara atas talian melalui JomPAY.

“Melalui kempen ePembayara­n Sabah ini, sambutan kesedaran penggunaan e-pembayaran sungguh menggalakk­an dan bersama sokongan padu daripada pihak agensi Kerajaan Sabah, lebih banyak inisiatif sebegini adalah memanfaatk­an dalam menyokong usaha kerajaan dalam meningkatk­an keberkesan­aan sistem pembayaran Negara”, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan PayNet, Peter Schiesser. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia