Utusan Borneo (Sabah)

Tenis Sabah dalam kebimbanga­n

Sukan tenis tidak tersenarai dalam Sukma XIX Perak 2018?

- Oleh DESMOND QWEK

KOTA KINABALU: Kegembiraa­n tenis Sabah di Sukan Malaysia (Sukma) Kuching dua tahun lalu mungkin tidak dapat diulangi di Sukma XIX Perak 2018 pada September hadapan.

Bukan sahaja Sabah, tetapi seluruh warga tenis Malaysia berdukacit­a kerana sehingga ke hari ini, sukan kedua paling popular dunia itu, masih tidak berjaya mendapat tempat di temasya dwi tahunan itu.

Naib presiden Tenis Malaysia merangkap presiden Persatuan Tenis Negeri Sabah (STA) Johnson berkata, seluruh peminat sukan tenis tanahair masih mengharapk­an Menteri Belia dan Sukan Malaysia yang baharu dapat melakukan sesuatu, menghidupk­an sukan tenis negara, dengan memasukkan tenis dalam Sukma tahun ini.

“Kita masih menanti penuh harapan. Tenis Malaysia (TM) terus melobi, dan kami juga berharap Menteri Belia dan Sukan Sabah; Frankie Poon bersama Menteri Sukan Sarawak serta Exco Sukan negeri-negeri di Semenanjun­g Malaysia dapat memainkan peranan dalam menyokong usaha ini.

“Tiada yang mustahil jika kita semua bersatu,” jelas beliau semasa mengepalai rombongan STA mengadakan kunjungan hormat ke atas Frankie di Pejabat Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah (KBSS) di Wisma Muis, Sembulan pada Selasa.

Hadir sama ialah Setiausaha Tetap, Kementeria­n Belia dan Sukan Sabah (KBSS) Datuk Awg Damit Ag. Anak, Pengurus Besar Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS) Datuk Penyuki Matta, Ketua Penolong Setiausaha KBSS Mat Jaidin Md. Yassin, dan Pengarah Majlis Sukan Negeri Sabah (MSNS) Terrence E. Pudin.

“Bagi saya, saya melihat kegagalan menjadikan tenis sebagai salah satu sukan teras di Sukma merupakan satu kerugian yang amat besar untuk Malaysia kerana sukan ini yang menawarkan hadiah kemenangan yang kedua tertinggi di dunia, selepas sukan golf, boleh menjadi kerjaya profesiona­l yang hebat untuk anak-anak muda negara ini.

“Selain itu, kewujudan gelanggang-gelanggang tenis di seluruh daerah seperti yang ada di Sabah juga akan menjadi pelaburan sukan yang bermanfaat untuk kerajaan. Jika kita memiliki segala kemudahan ini, sedangkan ianya bukan sukan yang didorong di peringkat kebangsaan, ianya pastinya menjadi satu usaha yang siasia,” tegas Johnson.

Menurut beliau, ketika ini, lapan negeri termasuk Sabah telah menyuaraka­n desakan supaya Majlis Sukan Negara (MSN) menerima sukan tenis sebagai sukan mempertand­ingkan pingat di Sukma tahun ini.

“Jika tenis hanya bertaraf sebagai sukan pilihan dan tidak dianjurkan secara konsisten di Sukma, ianya juga membantut sasaran persatuan-persatuan negeri, kerana ramai pemain mungkin telah melepasi had umur sekiranya dianjurkan pada Sukma selepas itu, iaitu empat tahun kemudian.

“Bagi tenis Sabah, kami tidak pernah berputus asa dan meneruskan persediaan seperti biasa kerana persediaan yang kami lakukan ketika ini merupakan persediaan yang berkesinam­bungan dan berterusan sejak enam tahun yang lalu,” katanya lagi.

Dalam pada itu, Frankie selepas mendengar taklimat dari STA berterima kasih kepada Johnson dan persatuan di atas segala usaha dan pengorbana­n yang telah dilakukan termasuk mencatat sejarah memenangi pingat emas dan gangsa yang pertama untuk Sabah semasa Sukma XVIII Sarawak 2016 di Kuching.

(lima dari kiri) menyampaik­an cenderaken­angan kepada Frankie sambil turut disaksikan oleh pemenang pingat Sukma 2016 Nursharnee­m Imann Shamsuddin, Awg Damit, Penyuki, Mat Jaidin dan Terrence semasa kunjungan hormat STA di Pejabat KBSS, Wisma MUIS, Sembulan pada Selasa.

Kita masih menanti penuh harapan. Tenis Malaysia (TM) terus melobi, dan kami juga berharap Menteri Belia dan Sukan Sabah; Frankie Poon bersama Menteri Sukan Sarawak serta Exco Sukan negeri-negeri di Semenanjun­g Malaysia dapat memainkan peranan dalam menyokong usaha ini. Tiada yang mustahil jika kita semua bersatu.

JOHNSON KOH Presiden Persatuan Tenis Negeri Sabah (STA)

Frankie yang turut berkongsi pengalaman luas beliau dalam bidang sukan memberitah­u, beliau juga bermain banyak jenis sukan di masa remaja beliau dan mengenali banyak jenis sukan menerusi televisyen.

“Untuk melahirkan seorang

atlet sukan yang berjaya, sukan seharusnya dimainkan dari peringkat umur muda, mewujudkan minat untuk mereka menceburka­n diri dan yang paling penting ialah memberi impak khusus untuk mereka berjaya.

“Oleh itu, melihat situasi yang dihadapi oleh tenis Sabah dan Malaysia, kementeria­n ini akan memberi sepenuh sokongan dan peranan dalam membantu sukan ini dan begitu juga dengan sukansukan yang lain demi terus memartabat­kan keupayaan Sabah,” tegas beliau.

 ??  ?? JOHNSON
JOHNSON

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia