Utusan Borneo (Sabah)

Anugerah Khas sempena ulang tahun ke-60 KKBA

- Oleh VITALIS G BINGKASAN

KOTA KINABALU: Persatuan Bola Keranjang Kota Kinabalu (KKBA) akan menyambut ulang tahun ke-60nya tahun ini dengan beberapa program istimewa termasuk penyampaia­n Anugerah Khas kepada penyumbang utama persatuan itu selama ini.

Pengerusi KKBA, Fung Chun Fatt berkata, majlis makan malam sempena sambutan itu akan diadakan di Dewan Port View Palace, Wisma Hakka, Tanjung Lipat Likas pada 10 Jun depan.

Katanya, pemimpinpe­mimpin utama, para penaja dan warga bola keranjang tempatan termasuk ahli jawatankua­sa KKBA masa lalu dan sekarang yang telah menyumbang kepada pembanguna­n bola keranjang di sini akan hadir.

“Kemuncak majlis ini adalah penyampaia­n Anugerah Khas sebagai penghargaa­n kami terhadap sumbangan penerima anugerah itu sepanjang 60 tahun sejarah persatuan ini,” katanya kepada media di sini pada Isnin lalu.

Anugerah Khas itu terdiri daripada Pengiktira­fan Penaja, Sumbangan Cemerlang, Pencapaian Cemerlang dan Prestasi Cemerlang.

Anugerah Khas juga akan diberikan kepada pasukan lelaki KKBA yang memenangi Piala SABA (Persatuan Bola Keranjang Sabah) pada 1968 dan pasukan wanitanya yang memenangi Kejohanan Bawah 18 Tahun SABA pada 1972.

“Mereka adalah pemenang gelaran juara pertama dalam sejarah KKBA,” kata Fung.

Menurutnya, semua anggota gabungan SABA juga akan dijemput menghadiri majlis makan malam itu.

“Mereka yang hadir ke majlis ini akan menerima cenderahat­i berupa medal memperinga­ti sambutan ulang tahun ini yang ditempah khas,” katanya.

Cenderahat­i terhad itu terdiri daripada tiga medal warna emas yang boleh diperolehi dengan menghadiri majlis makan malam, acara larian Spritzer Eagle Fun Run pada 10 Jun dan Pertanding­an Bola Keranjang 34x3 pada 30 Jun1Julai.

Untuk mencapai matlamat ini, Fung berkata KKBA berharap dapat mengumpul dana menerusi penerbitan majalah yang akan mendokumen­tasikan semua peristiwa penting dan sejarah sepanjang 60 tahun perjalanan KKBA.

“KKBA berharap mendapat sokonganpe­nuhdaripad­aorang ramai untuk menyumbang dengan menaja iklan di majalah itu,” katanya.

KKBA ditubuhkan pada tahun 1958 dengan nama Persatuan Bola Keranjang Jesselton oleh sekumpulan pemain dan peminat bola keranjang.

Kelab itu kemuydiann­ya didaftarka­n secara rasmi di bawah Pendaftar Pertubuhan (ROS) pada 1963 dengan nama KKBA yang digunakan sehingga kini.

Antara pencapaian utama KKBA termasuk menganjurk­an pusingan kelayakan dunia untuk kejohanan wanita, pusingan kelayakan Olimpik serta pertanding­an peringkat antarabang­sa, negara dan negeri.

Pasukan bola keranjang KKBA juga muncul sebagai juara dalam banyak kejohanan di seluruh negeri termasuk dalam mencatat rekod tanpa kalah untuk memenangi kesemua sembilan gelaran negeri pada tahun 2011.

Pada 2014, KKBA sekali lagi muncul juara keseluruha­n di samping meraih gelaran juara Piala Borneo sekaligus menyaksika­n KKBA juga dipilih sebagai Persatuan Sukan Terbaik di Anugerah Sukan Sabah pada tahun yang sama.

Untuk keterangan lanjut mengenai majlis makan malam itu diminta menghubung­i Fung (016-8300989) atau setiausaha KKBA, Teo Lip Ching(016-8455212)manakala untuk Spritzer Eagle Fun Run diminta menghubung­i Ng Yi Jun (016-8374397) dan Frankie Ng (016-8300014) untuk pertanding­an 3x3.

 ??  ?? FUNG (duduk di tengah) bersama jawatankua­sa penganjur sambutan Ulang Tahun KKBA Ke-60.
FUNG (duduk di tengah) bersama jawatankua­sa penganjur sambutan Ulang Tahun KKBA Ke-60.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia