Langkah terakhir ialah tumbangkan raja Eropah: Klopp
Hampiri sasaran memenangi satu trofi pada empat tahun pertama di Liverpool apabila berdepan Real di final Liga Juara-Juara
LIVERPOOL, England: Kali terakhir Liverpool berdepan dengan Real Madrid, pengurus kelab ketika itu, Brendan Rodgers menurunkan skuad kedua jadi ia mustahil untuk melihat di mana kelab England paling berjaya di Eropah boleh bersaing dengan kelab digelar ‘Raja Eropah’.
Madrid menang 1-0 di Santiago Bernabeu pada bulan November 2014, dua minggu selepas memberikan kekalahan terburuk Liverpool di tempat sendiri di Eropah dengan kekalahan 0-3.
Jurang yang sangat besar di antara kedua-dua pasukan adalah ketara di mana bekas bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo mendapat tepukan hormat di gelanggang yang menjadi gelanggang kebencian ketika bersama United.
Bagaimanapun, selepas tiga tahun setengah yang lalu, Jurgen Klopp sudah mengubah juara Eropah lima kali itu kembali yakin bahawa kemaraan mereka di final Liga Juara-Juara adalah selayaknya dan akan sekali lagi menentang Real Madrid untuk menentu kejuaraan di Eropah.
“Banyak perkara berlaku sejak saya datang ke sini tetapi perubahan terbesar ialah bagaimana orang berubah dengan bagaimana mereka menyukai pasukan ini,” kata Klopp Isnin lepas.
“Ia amat menarik dan membantu. Pemain selayaknya penghargaan ini. Mereka cukup luar biasa musim ini, sentiasa boleh menjadi lebih bagus tetapi ia benar-benar bagus dan satu langkah besar berbanding musim lepas.”
Tempoh Klopp di kelab bagaimanapun tidak selancar yang dibayangkan. Beliau mengakui selepas menewaskan juara Liga Perdana, Manchester City 5-1 secara agregat di peringkat suku akhir di mana masa semakin singkat tentang janji beliau untuk memenangi satu trofi pada empat tahun pertama beliau di kelab.
Berbeza dengan pertemuan terakhir kedua-dua pasukan, Real memenangi dua kejuaraan Liga Juara-Juara, satu kejuaraan La Liga, dua Piala Kelab Dunia dan dua Piala Super Eropah.
Bagaimanapun, situasi di Anfield di mana Liverpool sekarang boleh bersaing dengan kelab elit Eropah dan juga dengan Klopp menandatangani kontrak baharu sehingga 2022 – yang terbaik bakal tiba.
“Ini mungkin permulaan untuk sesuatu yang istimewa di bawah bimbingan Klopp, beliau berkelas dunia,” kata kapten Liverpool terakhir yang menjulang trofi Liga JuaraJuara, Steven Gerrard selepas Liverpool menewaskan AS Roma 7-6 secara agregat di separuh akhir.
Watak mesra Klopp di tepi padang dan meraikan kemenangan bersama pasukanmenjadikan beliau disenangi peminat, pemain dan juga media. Bagaimanapun, perhatian yang beliau cipta biasanya menyembunyikan perincian dalam perancangan pasukannya. Paling ketara ialah perpindahan pemain terbaiknya, Philippe Coutinho ke Barcelona dengan rekod jualan Liga Perdana berjumlah 142 juta pound pada pertengahan musim yang boleh menjejaskan perjalanan Liverpool ke final.
Pemergian Coutinho menjejaskan cabaran Liverpool dan kreativiti untuk membantu tiga penyerang. Namun Mohamed Salah, Sadio Mane dan Roberto Firmino terus menyerlah dengan ketiga-tiga pemain bergandingan menjaringkan 90 gol musim ini.
Di belakang mereka ialah Alex Oxlade-Chamberlain, yang menjaringkan satu gol cantik ketika Liverpool menewaskan City 3-0 pada perlawanan suku akhir pertama di Anfield.
Apabila Oxlade-Chamberlain mengakhiri musim lebih awal kerana kecederaan lutut ketika menentang Roma di separuh akhir, Georginio Wijnaldum mengambil tempat untuk menjaringkan gol, yang terbukti gol kemenangan pada perlawanan kedua di Rom.
“Saya fikir Jurgen adalah pakar dalam membeli pemain dengan apa yang beliau benar-benar perlukan untuk sesuai dengan cara pasukan beliau bermain,” kata pengurus City, Pep Guardiola, yang mengalami lebih banyak kekalahan kepada Klopp berbanding pengurus lain.
Pada musim pertama Klopp di Liverpool, mereka tewas di final Piala Liga dan Liga Europa kepada Manchester City dan Sevilla.
Musim keduanya, beliau membawa bola sepak Liga JuaraJuara untuk kali kedua dalam tempoh lapan tahun dan pada musim ketiga, beliau meletakkan status Liverpool sebagai kelab “Mereka tidak meletakkan pingat perak di Melwood (pusat latihan kelab),” kata Klopp selepas kemenangan di Rom, satu hakikat yang beliau sedari selepas tewas lima final terakhir di Liverpool dan Borussia Dortmund. Beliau menjadikan Liverpool kuasa bola sepak sekali lagi dan langkah terakhir ialah menumbangkan raja Eropah. — AFP
Banyak perkara berlaku sejak saya datang ke sini tetapi perubahan terbesar ialah bagaimana orang berubah dengan bagaimana mereka menyukai pasukan ini. Jurgen Klopp Pengurus Liverpool