Utusan Borneo (Sabah)

Pemotong rumput dibunuh rakan

Polis buru seorang pengawal keselamata­n warga asing

- Oleh AMIR ANUAR

TAWAU: Seorang pemotong rumput ditemukan meninggal dunia disyaki dibunuh rakannya sendiri di belakang tandas Taman Awam Muhibbah, Jalan Utara, di sini pada Rabu.

Mangsa dikenali Sarif Pance, 52, lelaki warga asing dan tinggal di Kg Muhibbahra­ya, dipercayai ditikam beberapa kali dengan sebilah pisau sepanjang kirakira 10 inci.

Ketua Polis Daerah Tawau ACP Fadil Marsus berkata polis masih memburu suspek utama, seorang lelaki warga asing yang bekerja sebagai pengawal keselamata­n, Darma Sakti, 49.

“Sebelum itu, ada saksi melihat suspek dan si mati berbual-bual di bawah pokok, tempat pengawal keselamata­n

ORANG awam turut dilihat berada di lokasi kejadian.

berjaga, namun tidak ada perkara mencurigak­an yang berlaku.

“Bagaimanap­un, selang kira-kira 30 minit kemudian, saksi menyedari si mati masuk ke dalam stor menyimpan mesin rumput sebelum berjalan keluar semula,” katanya.

Fadil berkata sebaik si mati keluar dari stor, saksi terdengar bunyi bising di luar secara tiba-tiba, sebelum terus keluar dan melihat suspek sedang menikam si mati.

Menurutnya, suspek dilihat menikam dada si mati beberapa kali dengan pisau

“Fadil berkata sebaik si mati keluar dari stor, saksi terdengar bunyi bising di luar secara tiba-tiba, sebelum terus keluar dan ” melihat suspek sedang menikam si mati. ACP FADIL MARSUS Ketua Polis Daerah Tawau

sebelum melarikan diri ke kawasan Airport Lama sebaik menyedari perbuatann­ya dilihat orang.

“Siasatan awal polis menunjukka­n bahawa suspek tinggal di kawasan penempatan penduduk di Airport Lama ataupun Padang Terbang, Jalan OKK Abu Bakar,” katanya.

Beliau berkata kali terakhir suspek dilihat memakai baju T putih, berseluar pendek jean kelabu gelap dan berselipar, serta berambut panjang (ikatan belakang).

Gerakan memburu suspek sedang giat dijalankan dan orang ramai yang mengetahui keberadaan lelaki itu diminta menyalurka­n maklumat berkaitan kepada polis.

“Motif kejadian juga masih lagi dalam siasatan dan buat masa ini belum ada sebarang ketetapan tarikh atau masa bedah siasat terhadap mayat si mati, diputuskan,” katanya.

Kes diklasifik­asikan sebagai kes bunuh dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang memperuntu­kkan hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

 ??  ??
 ??  ?? SUSPEK disyaki melarikan diri melalui kawasan ini untuk menuju ke pusat penempatan penduduk di Airport Lama ataupun Padang Terbang, Jalan OKK Abu Bakar.
SUSPEK disyaki melarikan diri melalui kawasan ini untuk menuju ke pusat penempatan penduduk di Airport Lama ataupun Padang Terbang, Jalan OKK Abu Bakar.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia