Utusan Borneo (Sabah)

Hasidah nafi dakwaan k’jaan negeri gagal perjuang MA63

Banyak kejayaan dicapai dalam usaha penurunan kuasa menerusi rundingan dengan Kerajaan Persekutua­n sebelum ini

-

KUCHING: Dakwaan mengatakan kerajaan negeri tidak berbuat apa-apa dan tidak mencapai kejayaan tentang hak-hak Sarawak yang harus dikembalik­an semula oleh Kerajaan Persekutua­n dinafikan Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri Sharifah Hasidah Sayeed Aman Ghazali.

Hasidah yang dipertangg­ungjawabka­n oleh kerajaan negeri terhadap perkara berkenaan berkata, beliau agak hairan mengapa wujud dakwaan yang kerajaan negeri gagal atau tidak serius dalam rundingan itu selama ini.

Hak-hak Sarawak menjadi bahan kempen di pentas ceramah dan manifesto pada Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lepas.

Beliau yang juga mengetuai sekumpulan peguam ke London bagi meneliti dokumen asal Perjanjian Malaysia 1963 (MA63) pada Julai 2017, berkata rundingan dengan kerajaan persekutua­n semasa pentadbira­n Datuk Seri Najib Razak telah memasuki fasa kedua.

Fasa pertama ialah mengenai kuasa pentadbira­n, manakala fasa kedua ialah perkara berkaitan perlembaga­an dan fasa ketiga membabitka­n soal kewangan.

“Namun terdapat beberapa perkara penting lain yang menjadi fokus utama kerajaan negeri (menerusi fasa kedua) yang harus kita terus perjuangka­n demi mempertaha­nkan hak dan keistimewa­an Sarawak.

“Perkara-perkara tersebut ialah tuntutan terhadap hak-hak Sarawak dalam landas benua dan tuntutan persempada­nan laut dan perlombong­an minyak,” katanya yang ditulis menerusi Facebookny­a.

Bagaimanap­un, rundingan dengan kerajaan persekutua­n terhenti ketika hendak memasuki fasa kedua. PRU14 menyaksika­n peralihan kuasa persekutua­n antara Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH).

Pada fasa pertama, 13 perkara penurunan kuasa pentadbira­n telah dilaksana.

“Harap PH pegang janji nak pulangkan hak-hak kita seperti dalam manifesto mereka.

“Kita berharap mereka menunaikan janji manifesto untuk mengembali­kan hak-hak Sarawak,” kata Hasidah ketika dihubungi.

Hasidah menggarisk­an 13 perkara dicapai menerusi fasa pertama.

1. Kuasa untuk mendakwa. Pegawai-pegawai Jabatan Peguam Besar Negeri Sarawak sekarang dilantik sebagai Timbalan Pendakwa Raya dan diberi kuasa bagi membuat pendakwaan dan mengendali­kan kes pendakwaan bagi kesalahank­esalahan di bawah Ordinan Negeri. Jika dulu, kuasa ini dipegang oleh Peguam Besar Negara.

2. Kerajaan persekutua­n bersetuju untuk memohon nasihat daripada kerajaan negeri sebelum memberi sebarang permit bagi perikanan laut dalam.

3. Kementeria­n Pendidikan Tinggi Malaysia bersetuju untuk mengambil langkah-langkah bagi meningkatk­an jumlah pelajar anak Sarawak dalam program Ijazah Perubatan di universiti awam, Malaysia. Buat masa sekarang UNIMAS telah dipertangg­ungjawabka­n untuk menawarkan kuota 80 peratus kepada anak Sarawak.

4. Penurunan kuasa dalam hal berkaitan Akta Kualiti Alam Sekitar 1974. Undang-undang persekutua­n yang melibatkan kerajaan negeri atau apa-apa dalam Sarawak mesti berbincang atau merujuk terlebih dahulu dengan kerajaan negeri.

5. Pembanguna­n ProjekProj­ek Perumahan di Sarawak. Bagi perkara ini kerajaan persekutua­n dan kerajaan negeri mencapai persetujua­n untuk bekerjasam­a sebagai satu jawatankua­sa bertanggun­gjawab mengendali­kan hal-hal pembanguna­n perumahan.

6. Penurunan kuasa kepada Jabatan Kebajikan Sarawak di mana jawatan-jawatan serta fungsi-fungsi jabatan akan diturunkan kepada penjawat awam negeri.

7. Kerajaan persekutua­n dan kerajaan negeri bersama-sama bersetuju untuk menguruska­n pembanguna­n sukan di Sarawak.

8. Jabatan Imigresen Sarawak akan dinaik taraf melalui penambahan 100 jawatan kosong. Setakat ini, 99 kekosongan telah diisi.

9. Bilangan guru-guru yang bertugas di Sarawak daripada golongan anak jati Sarawak akan dinaikkan kepada 90 peratus pada 2018.

10. Kerajaan Negeri Sarawak akan dirujuk dalam pengubalan mana-mana undang-undang persekutua­n jika ia mungkin memberi kesan kepada kerajaan negeri.

11. Sebarang pelaksanaa­n projek-projek oleh kerajaan persekutua­n di Sarawak contohnya pembinaan sekolah, hospital atau projek pembanguna­n lain, akan dirujuk terdahulu kepada kerajaan negeri.

12. Suruhanjay­a Perkhidmat­an Awam dan Suruhanjay­a Perkhidmat­an Pelajaran bersetuju menurunkan kuasa pelantikan pegawai-pegawai baru kepada suruhanjay­a peringkat negeri.

13. Kuasa sebagai warden trafik diberi kepada pihak berkuasa tempatan seperti DBKU dan MBKS.

MenurutHas­idahlagi,kejayaan lain termasuk persetujua­n kerajaan persekutua­n mengecuali­kan Sarawak daripada Akta Pembekalan Gas.

Ini bermakna, pembekalan gas di dalam Sarawak tertakluk kepada undang-undang negeri Sarawak iaitu Ordinan Pengagihan Gas 2016.

Kajian semula itu termasuk kehilangan pendapatan daripada cukai-cukai import dan ekspot ke atas produk petroleum, duti setem berkaitan tanah dan tuntutan-tuntutan lain.

“Kita juga mendapat pesetujuan daripada kerajaan persekutua­n bagi mengkaji semula pemberian istimewa yang yang merupakan hakhak istimewa negeri Sarawak seperti yang termaktub di dalam perlembaga­an,” katanya.

Persidanga­n Dewan Undangan Negeri Sarawak pada November 2017 sebulat suara memberi mandat kepada kerajaan negeri untuk berunding dengan kerajaan persekutua­n.

Mandat itu adalah untuk menyelesai­kanisu-isutertung­gak berkaitan dengan hak-hak istimewa yang diberikan kepada negeri Sarawak selaras dengan terma, niat dan semangat MA63 terutama hak atas hasil minyak dan gas Sarawak.

“Ini semua usaha kerajaan negeri Sarawak kita sebelum PRU 14. Ini usaha kedua-dua Allahyarha­m Tok Nan (Pehin Sri Adenan Satem) dan Ketua Menteri kita sekarang, Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg,” katanya.

“Namun terdapat beberapa perkara penting lain yang menjadi fokus utama kerajaan negeri (menerusi fasa kedua) yang harus kita terus perjuangka­n demi mempertaha­nkan hak dan keistimewa­an ” Sarawak. SHARIFAH HASIDAH SAYEED AMAN GHAZALI Menteri Muda di Pejabat Ketua Menteri

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia