Utusan Borneo (Sabah)

Pekerja pembersiha­n rayu majikan bayar gaji

- Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN

KOTA KINABALU: Hampir tiga bulan tidak menerima gaji, pekerja syarikat pembersiha­n di sebuah sekolah di Kampung Gudon menggesa agar majikan mereka melunaskan gaji yang tertunggak.

Sikap majikan yang seolaholah tidak prihatin dan tidak mempedulik­an pekerja dengan tidak membayar gaji amatlah dikesali,” kata Nuriah Moon yang mengaku tidak menerima gaji hampir tiga bulan daripada majikan mereka.

“Kami amat berharap pihak majikan membayar gaji kerana kami tidak mempunyai sumber pendapatan lain malah terpaksa berhutang sana sini untuk meneruskan kehidupan,” katanya.

“Bulan Januari kami dapat gaji penuh. Bulan Februari kami sudah dapat gaji. Bulan Mac kami dapat separuh gaji RM400 saja. Bulan April belum gaji. Mahu habis sudah bulan Mei kami belum dapat gaji lagi,” katanya kepada Utusan Borneo.

Menurutnya, setiap pekerja dibayar gaji sebanyak RM920 sebelum potongan KWSP dan Socso.

Katanya, ia bukan pertama kali berlaku sebaliknya ia sudah beberapa kali tetapi mereka terpaksa bersabar kerana tiada tempat untuk mengadu.

“Bukan sekali, ini selalu dia buat,” katanya sambil menambah, perkara itu turut dimaklumka­n kepada guru besar sekolah untuk meminta bantuan mencari jalan keluar daripada permasalah­an itu.

Tambahnya, pihak sekolah seharusnya prihatin dan membantu pekerja untuk mendapatka­n gaji daripada pihak majikan dengan memberikan nasihat agar nasib pekerja diberikan keutamaan.

“Majikan yang gagal menunaikan tanggungja­wab dan tidak mempedulik­an hak serta kebajikan terhadap pekerja mereka wajar dikenakan tindakan,” kata Tuh Lipi @Rani, seorang penduduk Kampung Gudon.

Menurutnya, majikan tidak sepatutnya lepas tangan dan membiarkan pekerja mengalami tekanan serta bebanan hidup kerana tidak menerima gaji hampir tiga bulan.

Beliau yang mewakili isterinya, Halilah Suhaili yang baru keluar dari hospital akibat serangan stroke berkata, syarikat mesti membayar gaji pekerja yang tertunggak hampir tiga bulan.

“Saya juga agak terkilan kerana walaupun isteri saya (Halilah) terlantar selama satu minggu di hospital, majikan mereka tidak datang menjenguk,” katanya.

“Apa salahnya mereka datang menjenguk, sekurang-kurangnya ia membuktika­n keprihatin­an mereka terhadap pekerja,” katanya.

Adalah difahamkan, syarikat yang sama dipertangg­ungjawabka­n untuk pembersiha­n di beberapa sekolah SK Gudon, SK Unggun, dan beberapa sekolah lain seperti SK Rampayan, SK Lapasan dan SK Malawa.

Seorang lagi pekerja, Ayu Azeezye Hasshim berkata, majikan juga sepatutnya membekalka­n peralatan seperti plastik sampah, penyapu dan sebagainya untuk memudahkan pekerja menjalanka­n tugas mereka.

Namun pekerja juga tidak dibekalkan peralatan yang mencukupi untuk melaksanak­an tugas mereka tetapi walaupun berdepan dengan cabaran, tetap meneruskan kerja membersihk­an sekolah.

“Masalahnya, hingga kini kami belum menerima gaji dan ini amat menyusahka­n,” katanya sambil menambah, antara alasan yang diberikan ialah majikan tiada duit.

 ??  ?? PEKERJA minta majikan bayar membayar gaji yang tertunggak hampir tiga bulan.
PEKERJA minta majikan bayar membayar gaji yang tertunggak hampir tiga bulan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia