Utusan Borneo (Sabah)

JDT terus ungguli takhta Liga Super

Kukuhkan kedudukan di persada Liga Super

- PEMAIN JDT Novillo Harry Christophe­r cuba melepasi halangan pemain Negeri Sembilan, Mohd Aizuridzwa­n Razali dan Doheon Kim pada perlawanan Liga Super di Stadium Tan Sri Hassan Yunos Larkin, pada Rabu. - Gambar BERNAMA

KUALA LUMPUR: Johor Darul Ta’zim (JDT) mengukuhka­n kedudukan di persada Liga Super apabila menjinakka­n Negeri Sembilan 2-0 pada perlawanan yang berlangsun­g di Stadium Tan Sri Dato Hj Hassan Yunos, Larkin, malam Rabu.

Keputusan itu menyaksika­n JDT kembali menemui rentak kemenangan selepas hanya mencatat keputusan seri 2-2 pada perlawanan sebelum ini menentang Selangor.

Skuad Harimau Selatan membuka tirai jaringan menerusi penyerang sensasi dari Argentina, Gonzalo Gabriel Cabrera Giordano pada minit ke-33.

Kelalaian penjaga gol Negeri Sembilan, Muhammad Ilham Amirullah Razali untuk menangkap kemas rembatan daripada S. Kunanlan membawa padah apabila bola yang terlepas ditendang masuk oleh Gabriel Cabrera untuk memberikan gol kedua peribadiny­a buat JDT pada minit ke-75.

Di Stadium Hang Jebat, pasukan tuan rumah Melaka, gagal memanfaatk­an beraksi di gelanggang sendiri apabila diikat PKNS FC 1-1.

Melaka terlebih dahulu berada di hadapan menerusi Jeon Woo Young yang merembat cantik hasil dari sepakan percuma pada minit ke-15 sebelum Muhammad Jafri Muhammad Firdaus Chew menjadi penyelamat buat PKNS FC apabila berjaya menyumbat gol penyamaan pada minit ke-42.

Sementara itu, perlawanan antara PKNP FC dengan Selangor dibatalkan kerana lampu limpah di Stadium Negeri Batu Kawan, Pulau Pinang, mengalami kerosakan.

Komisioner Perlawanan, Baharim Jusoh mengesahka­n bahawa sumber janakuasa telah mengalami kerosakan yang teruk dan tidak dapat dibaikpuli­h.

“Kita sudah berbincang dengan jurutera stadium dan terpaksa membatalka­n perlawanan pada malam ini dan tarikh perlawanan tersebut akan ditentukan oleh Malaysia Football League (MFL),” katanya pada sidang media di sini. - Bernama

 ??  ??
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia