Utusan Borneo (Sabah)

Sukaneka eratkan guru, kakitangan SK Sungai Lada

Sukaneka eratkan guru dan kakitangan SK Sungai Lada

-

KELAB Guru dan Kakitangan Sekolah Kebangsaan Sungai Lada telah menganjurk­an sukaneka sempena Hari Guru peringkat sekolah yang berlangsun­g di padang sekolah dan Dewan Seri Kedayan SK Sungai Lada, Labuan. Program itu diadakan secara sederhana tetapi meriah oleh semua guru dan murid-murid SK Sungai Lada.

Sukaneka sempena sambutan Hari Guru itu diadakan untuk memberi ruang dan masa kepada guru-guru dan kakitangan SK Sungai Lada bersantai serta menjalinka­n hubun- gan yang lebih dekat antara satu sama lain, di samping menghilang­kan rasa penat dan lelah setelah bekerja.

Kemeriahan sambutan Hari Guru jelas terpancar apabila semua guru dan kakitangan aktif melibatkan diri dalam semua permainan yang disediakan. Hilai tawa mengiringi perjalanan sukaneka pada hari itu.

Terima kasih dan sekalung tahniah kepada Cikgu Tracy Jipiu dan Cikgu Noranisah Junaidi atas inisiatif mereka berdua dalam melancarka­n perjalanan sukaneka pada tahun ini.

Program itu dimulakan dengan acara padang iaitu acara permainan tradisi Tarik Upih, Buluhku Buluhmu jua, Kepit bola dan Tolak Bola Menggunaka­n Botol.

Permainan dilaksanak­an untuk mengembali­kan kenangan zaman kanakkanak guru-guru dan kakitangan SK Sungai Lada dan juga bagi mencabar potensi guru untuk melakukan permainan anak-anak generasi baharu.

Terdapat tiga kumpulan iaitu Hitam di bawah naungan Guru Besar Maidan Dali, Merah diketuai Penolong Kanan Pentadbira­n Sitti Rahimah dan Biru dipimpin Penolong Kanan HEM Emsit Amat.

Maidan menyampaik­an hadiah kepada Kumpulan Hitam yang menduduki tempat pertama, kedua Kumpulan Biru dan ketiga Kumpulan Merah, yang masing-masing menerima hamper disumbangk­an oleh KGK SK Sungai Lada.

Program itu diakhiri dengan acara cabutan bertuah yang juga ditaja oleh KGK sekolah dan sumbangan ikhlas daripada guruguru sendiri.

Rosimah Abd Rajak paling bertuah selepas menerima barangan elektrik berjenama Tefal Convenient Steamer.

 ??  ??
 ??  ?? ANNETTE (kanan), Abdul Salim dan Esmit (kiri) beraksi dalam acara Kepit Bola sambil diperhatik­an oleh guruguru dan murid-murid. NORAZLAN menunjukka­n bakat dalam pertanding­an Gegar Veganza sambil diberi sokongan oleh murid-murid. KUMPULAN Merah...
ANNETTE (kanan), Abdul Salim dan Esmit (kiri) beraksi dalam acara Kepit Bola sambil diperhatik­an oleh guruguru dan murid-murid. NORAZLAN menunjukka­n bakat dalam pertanding­an Gegar Veganza sambil diberi sokongan oleh murid-murid. KUMPULAN Merah...
 ??  ?? (gambar kanan) MAIDAN yang mewakili Kumpulan Hitam beraksi dalam pertanding­an ‘Read my Lips.’ RATNA wakil Kumpulan Merah dalam pertanding­an ‘Face the Cookies.’
(gambar kanan) MAIDAN yang mewakili Kumpulan Hitam beraksi dalam pertanding­an ‘Read my Lips.’ RATNA wakil Kumpulan Merah dalam pertanding­an ‘Face the Cookies.’
 ??  ?? MAIDAN(kiri)menyampaik­anhadiahke­padaIbrahi­myang memenangi semua permainan yang dipertandi­ngkan.
MAIDAN(kiri)menyampaik­anhadiahke­padaIbrahi­myang memenangi semua permainan yang dipertandi­ngkan.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia