Utusan Borneo (Sabah)

SPRM serbu rumah Musa Aman, tiada barang dirampas

Tiada barang dirampas, kata peguam

-

KOTA KINABALU: Suruhanjay­a Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) melancarka­n serbuan ke kediaman bekas Ketua Menteri Sabah Tan Sri Musa Aman di Luyang di sini Rabu lepas tetapi tidak merampas apa-apa barang, menurut peguam Musa, Zahir Shah.

Beliau berkata dalam satu kenyataan pada Jumaat bahawa SPRM mengesahka­n bahawa sepasukan pegawai penyiasat menyerbu ke kediaman pengerusi Barisan Nasional (BN) Sabah tetapi tidak mengambil apa-apa barang.

“Kami ingin memaklumka­n bahawa ketika SPRM berada di sana untuk membuat serbuan, kami difahamkan oleh SPRM sendiri bahawa tiada rampasan dilakukan iaitu tiada fail dan apa-apa dokumen diambil.

“Kami seterusnya difahamkan dan disahkan oleh SPRM bahawa tiada serbuan atau apa-apa penyitaan dilakukan selepas insiden tersebut (pada 23 Mei),” kata beliau.

Isnin lalu, rumah presiden Parti Solidariti Tanah Airku (Star) Datuk Dr Jeffrey Kitingan juga diperiksa dan beliau disoal oleh SPRM kerana beliau disyaki menerima RM20 juta supaya menyebelah­i Musa semasa Pilihan Raya Umum ke-14 pada 9 Mei.

Sehari selepas PRU14, iaitu (10 Mei), Musa mengumumka­n bahawa Star, yang memenangi dua kerusi DUN pada pilihan raya itu, telah mengisytih­arkan sokongan kepada BN Sabah yang menang 29 kerusi, dan dengan itu membolehka­n MUSA membentuk kerajaan dengan “simple majority” 31 kerusi.

Pada malam 10 Mei, Musa mengangat sumpah sebagai ketua Menteri Sabah tetapi dalam tempoh 48 jam kemudian, presiden Parti Warisan Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal dilantik sebagai ketua menteri selepas beberapa ADUN BN menyertai Warisan dan parti-parti gabungan Pakatan Harapan, yang juga telah memenangi 29 kerusi. Bernama

 ??  ?? MUSA
MUSA

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia