Utusan Borneo (Sabah)

PAN BORNEO DITERUSKAN

Shafie yakin Kerajaan Pusat akan teliti demi rakyat

-

KOTA KINABALU: Pelaksanaa­n projek mega Lebuhraya Pan Borneo dijangka diteruskan meskipun keterbatas­an kewangan yang melanda negara khususnya di peringkat Persekutua­n berlaku ketika ini.

Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Panglima Mohd Shafie Apdal menaruh keyakinan tinggi bahawa projek itu akan diteliti secara menyeluruh oleh Kerajaan Persekutua­n demi kepentinga­n dan manfaat rakyat di negeri ini.

“Saya yakin projek ini akan terus dilaksanak­an, cuma mungkin disebabkan masalah kewangan terbatas pada saat ini menjadi kekangan.

“Sehinggaka­n gaji menteri di peringkat Pusat pun kena potong, jadi ini adalah kekangan yang perlu kita ambil kira,” katanya ketika ditemui pemberita selepas merasmikan Program Jelajah Ramadan RTM 2018, di sini pada Jumaat.

Turut hadir Anggota Parlimen Sepanggar Datuk Aziz Jamman dan Pemangku Pengarah Penyiaran Sabah Malinaziah Datu Mohd Julaspi.

Selain itu, Shafie berkata kerajaan negeri juga tidak terlepas dengan masalah kewangan disebabkan hutang yang mana ramai rakyat tidak menyedari akan perkara itu.

Justeru katanya, kerajaan pada masa kini akan sedaya upaya memperinci­kan setiap hutang yang ada melalui Yayasan Sabah serta kerajaan negeri terdahulu untuk proses pembayaran.

Sebelum ini, kerajaan negeri mengambil inisiatif menghentik­an pengekspor­tan balak buat sementara waktu dan menstruktu­r semula peranan dan pendekatan Yayasan Sabah agar lebih ke arah kepentinga­n rakyat.

 ?? GambarBern­ama ?? SHAFIE diiringi oleh Malinaziah (kiri) ketika melakukan lawatan ke Bazar Ramadan RTM sempena program Jelajah Ramadan RTM 2018 Jabatan Penyiaran Malaysia di Kompleks Bersepadu Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia pada Jumaat.
GambarBern­ama SHAFIE diiringi oleh Malinaziah (kiri) ketika melakukan lawatan ke Bazar Ramadan RTM sempena program Jelajah Ramadan RTM 2018 Jabatan Penyiaran Malaysia di Kompleks Bersepadu Kementeria­n Komunikasi dan Multimedia pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia