Utusan Borneo (Sabah)

Christina Liew mahu pastikan pembanguna­n industri pelanconga­n menyeluruh

-

KOTA KINABALU: Timbalan Ketua Menteri Sabah Christina Liew (gambar) mahu memastikan pembanguna­n industri pelanconga­n dilaksanak­an secara menyeluruh di Sabah.

Beliau yang juga Menteri Pelanconga­n, Kebudayaan­dan Alam Sekitar negeri berkata ini akhirnya dapat mengatasi masalah kekurangan bilik hotel di Kota Kinabalu, terutama berlaku kemasukan pelancong ke negeri itu.

“Pelanconga­n tidak boleh tertumpu di Kota Kinabalu sahaja. Kita perlu bergerak maju dengan membangunk­an industri pelanconga­n secara menyeluruh di Sabah,” kata beliau kepada pemberita selepas mengadakan tinjauan ke bazar Ramadan di Lintasan Deasoka di sini pada Jumaat.

Liew juga berharap pelanconga­n di kawasan sepertiTaw­auharusdip­romosi dan terus dibangunka­n supaya pelancong dapat memanfaatk­an sepenuhnya daerah ini apabila mengunjung­i Tawau sebagai transit ke Semporna.

Beliau berkata pelancong boleh menginap sehari dua apabila melawat Tawau sebelum meneruskan perjalanan ke Semporna, yang terkenal sebagai destinasi popular di kalangan penyelam dan peminat kehidupan laut.

Ketika ditanya mengenai kematian enam gajah Pygmy Borneo awal bulan ini, Liew berkata kementeria­n akan mengkaji pendekatan jangka pendek dan panjang bagi memastikan keselamata­n hidupan liar di Sabah.

Beliau berkata ini termasuk menambah tenaga kerja untuk menjalanka­n aktiviti penguatkua­saan, memberi ganjaran bagi maklumat berhubungk­egiatanmem­buru hidupan liar secara haram, dan mendapatka­n khidmat seorang perunding untuk menyelidik dan melaporkan cara terbaik untuk mengurus dan melindungi hidupan liar.

Sementara itu, Liew berkata beliau telah memaklumka­n kepada Persatuan Perundanga­n Sabah (SLA) bahawa beliau akan berhenti daripada mengamalka­n profesion guaman untuk memberi lebih perhatian kepada tugasnya sebagai menteri kabinet negeri dan anggota Parlimen Tawau serta Anggota Dewan Undangan Negeri Api-Api.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia