Utusan Borneo (Sabah)

35 beg mengandung­i wang tunai RM114 juta

-

KUALA LUMPUR: Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesahka­n 35 daripada 72 beg yang dirampas di sebuah kondominiu­m mewah di Jalan Raja Chulan di sini pada Jumaat lepas (18 Mei) mengandung­i wang tunai berjumlah RM114 juta.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Bukit Aman Datuk Seri Amar Singh Ishar Singh berkata baki 37 lagi beg pula mengandung­i barangan mewah seperti jam tangan dan barang kemas.

Amar Singh berkata pihaknya selesai membuat proses pengiraan 35 beg mengandung­i wang tunai kebanyakan Ringgit Malaysia (RM) dan Dolar Singapura (SD) selama tiga hari bermula Isnin lepas.

“Sebanyak 11 mesin kira digunakan serta 22 pegawai bank dan urusan mata wang terlibat melakukan proses pengiraan wang tunai ini.

“Setelah selesai proses pengiraan, kesemua wang tunai ini telah dihantar ke Bank Negara Malaysia,” katanya dalam sidang media di Menara KPJ di Jalan Tun Razak di sini, pada Jumaat.

Menurut Amar Singh, baki 37 beg yang dirampas akan dinilai minggu depan dengan kerjasama daripada pakar.

“Polis akan bekerjasam­a dengan pakar yang berkaitan bagi menilai keaslian jam tangan, barang kemas dan beg tangan yang kebanyakan­nya adalah buatan Paris, “katanya.

Mengulas lanjut, beliau berkata sebanyak 12 lokasi di ibu negara diserbu dipercayai berkaitan bekas perdana menteri Datuk Seri Najib Tun Razak dalam siasatan kes 1Malaysia Developmen­t Berhad (1MDB).

Katanya, 72 beg yang dirampas adalah dari sebuah kondominiu­m mewah di Jalan Raja Chulan yang tidak mempunyai penghuni dipercayai milik individu bergelar Tan Sri.

“Polis jalankan pemeriksaa­n di tiga kondominiu­m di Jalan Raja Chulan, dua milik anak Najib, Mohd Norashman dan Noryana Najwa manakala satu lagi tidak dihuni, “katanya.

Dalam pada itu, Amar Singh berkata dalam serbuan di rumah Najib di Langgak Duta, polis merampas wang tunai pelbagai mata wang asing dianggarka­n bernilai RM500,000 dan barangan mewah seperti jam tangan, barang kemas serta beg berjenama.

Beliau tidak menolak kemungkina­n untuk memanggil anak Najib, Mohd Norashman dan Noryana Najwa bagi memberi keterangan susulan serbuan di dua premis mereka sebelum ini.

Menurutnya, setakat ini 30 individu sudah dirakam keterangan bagi membantu siasatan namun beliau enggan mendedahka­n butiran tersebut.

Dalam pada itu, Amar Singh berkata pihak polis menjalanka­n siasatan secara profesiona­l terhadap bekas Perdana Menteri di kediamanny­a.

“Saya ingin menyatakan polis telah menjalanka­n siasatan dengan profesiona­l sekali... saya telah tegaskan pada semua yang terlibat tidak boleh mengambil gambar dengan telefon bimbit dan memastikan mereka melaksanak­an tugas secara profesiona­l kerana pemeriksaa­n dilakukan di rumah bekas perdana menteri,” katanya. -Bernama

 ??  ?? AMAR SINGH
AMAR SINGH

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia