Utusan Borneo (Sabah)

Tindakan Shahidan tidak bijak: Shafie

-

KOTA KINABALU: Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Mohd Shafie Apdal menyifatka­n pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim kurang bijak kerana mempertika­i keputusan Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullai­l melantik Datuk Seri Azlan Man sebagai Menteri Besar.

Menurutnya Raja pemerintah sesebuah negeri atau Yang DiPertua Negeri mempunyai hak yang harus di hormati dan ini termasuk mereka untuk kuasa melantik Menteri Besar atau Ketua Menteri.

“Dalam hubungan ini Shahidan bertindak di luar norma. Pada pandangan saya institusi diRaja hendaklah dihormati. Shahidan patut menyelesai­kan isu memilih Menteri Besar dengan bijaksana,” kata Shafie kepada media di sini, malam Khamis.

Beliau diminta mengulas tindakan UMNO Perlis memecat Azlan sebagai anggota parti itu selepas anggota Dewan Undangan Negeri kawasan Bintong itu mengangkat sumpah jawatan Menteri Besar di hadapan Tuanku Syed Sirajuddin di Istana Arau pagi Khamis.

Semua sembilan ADUN Barisan Nasional (BN) tidak hadir pada istiadat angkat sumpah itu sehingga Tuanku Syed Sirajuddin murka.

Shafie ditemui selepas berbuka puasa bersama Raja Muda Perlis Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullai­l danpelajar­InstitutKe­mahiran Mara (IKM) Kota Kinabalu di institut tersebut di sini.

Tuanku Syed Faizuddin mengetuai delegasi kerajaan Perlis dalam Ops Pasir 2018 di kawasan Timur Sabah (ESSZONE) bermula semalam hingga Ahad ini.

Shafie berkata kemelut yang melanda Perlis itu walaupun berbeza degnan yang berlaku di Sabah namun beliau masih tetap menghormat­i Yang diPertua Negeri dan tidak mengambil tindakan terburubur­u selepas Datuk Seri Musa Aman mengangkat sumpah sebagai Ketua Menteri.

Shahidan dipercayai mengarahka­n ADUNADUN BN supaya memboikot istiadat angkat sumpah itu kerana tidak bersetuju dengan pemilihan Azlan setelah calon yang dicadangka­nnya termasuk adik beliau, Datuk Ismail Kassim tidak diperkenan oleh Tuanku Syed Sirajuddin. - Bernama

 ??  ?? SHAFIE
SHAFIE

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia