Utusan Borneo (Sabah)

Jamal didakwa pecah botol arak di hadapan bangunan SUK

-

KUALA LUMPUR: Ketua UMNO Bahagian Sungai Besar Datuk Seri Jamal Md Yunos pada Jumaat didakwa atas pertuduhan melakukan mudarat awam dengan memecahkan botol arak menggunaka­n penukul besi di hadapan pintu pagar keluar Bangunan Setiausaha Kerajaan Negeri (SUK) di Shah Alam, Selangor tahun lepas.

Prosiding kes itu dijalankan di Hospital Pakar Ampang Puteri, di sini kerana Jamal, 48, sedang dirawat di wad Premier hospital itu bagi masalah sakit belakang.

Jamal mengaku tidak bersalah selepas pertuduhan terhadapny­a dibacakan di hadapan Majistret Raja Noor Adilla Raja Mahyaldin daripada Mahkamah Majistret Shah Alam.

Dia didakwa melakukan mudarat awam dengan memecahkan sejumlah botol arak menggunaka­n penukul besi sehingga mendatangk­an bencana,bahayadank­egusaran awam di hadapan pintu pagar keluar pos (1) bangunan SUK di Shah Alam pada 10.15 pagi, 5 Okt 2017.

Pertuduhan mengikut Seksyen290­KanunKesek­saan yang memperuntu­kkan hukuman denda maksimum RM400, jika sabit kesalahan.

Pengamal media tidak dibenarkan masuk ke dalam wad untuk mengikuti prosiding kes itu yang berlangsun­g kira-kira setengah jam bermula 10.45 pagi.

Ketika ditanya pemberita, Timbalan Pendakwa Raya Megat Mahathir Megat Tharih Afendi memberitah­u mahkamah membenarka­n Jamal diikat jamin RM3,000 dengan seorang penjamin dan menetapkan 8 Jun untuk sebutan semula kes. - Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia