Utusan Borneo (Sabah)

Jangan tolak aduan orang awam

- Oleh SITI AISYAH NARUDIN

KOTA KINABALU: Permohonan aduan orang awam tidak sepatutnya ditolak di kaunter mahkamah.

Ketua Unit Perundanga­n Pas Negeri Sabah Hamid Ismail (gambar) berkata, keputusan sama ada aduan berkenaan sah atau tidak terletak pada majistret dan bukannya kakitangan yang mengurus bahagian kaunter.

Katanya, undang-undang memperuntu­kkan majistret boleh mengambil tahu tentang kesalahan apabila menerima aduan (Seksyen 128 (1) (a) Kanun Prosedur Jenayah).

“Selepasmen­erimaaduan, majistret mesti mematuhi prosedur yang ditetapkan di bawah Seksyen 133 kod yang sama.

“Secara ringkasnya, setiap aduan akan diperiksa oleh majistret.

“Jika aduan berkenaan ditolak di kaunter, ia melanggar hak orang awam untuk didengar aduannya,” jelasnya dalam satu kenyataan di sini pada Jumaat.

Sehubungan itu, beliau meminta kakitangan yang mengendali­kan kaunter mahkamah supaya dinasihatk­an untuk tidak menolak permohonan aduan daripada orang awam.

Beliau berkata, gesaan itu dibuat selepas seorang pengadu menjelaska­n tentang aduannya yang ditolak bahagian kaunter mahkamah.

“Pengadu Hashima Hasbullahm­ahumemfail­kan aduan berhubung kesalahan sebuah syarikat yang membuka bazar Ramadan tanpa permit dari Pihak Berkuasa Tempatan (PBT).

“Bagaimanap­un, kakitangan kaunter mahkamah enggan menerima aduan itu dan mengarahka­n pengadu merujuk kepada PBT yang berkenaan,” katanya.

Hamid berkata, walaupun kejadian terbabit hanya kes terpencil, namun ia sepatutnya boleh dielakkan dari berlaku.

Sementara itu, pegawai mahkamahke­tikadihubu­ngi memaklumka­n pihaknya ada menerima permohonan aduan daripada pengadu berkenaan.

Bagaimanap­un, pihaknya menafikan menolak aduan terbabit tetapi menasihatk­an pengadu supaya melengkapk­an terlebih dahulu butiran yang berkaitan dengan responden.

“Nama responden diperlukan untuk mengeluark­an notis pendengara­n kepada Timbalan Pendakwa Raya.

“Kedua-dua pengadu dan responden juga perlu hadir di hadapan majistret untuk pemeriksaa­n aduan,” jelasnya.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia