Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki dan wanita lega bebas tuduhan mengedar dadah

-

KOTA KINABALU: Seorang lelaki dan wanita warga asing dapat menarik nafas lega, apabila dibebaskan Mahkamah Tinggi di sini atas pertuduhan mengedar dadah.

Hakim Datuk Nurchaya Hj Arshad membebaska­n dan melepaskan Hasnawati Ajuk, 32, dan Melven Sabtal, 23, tanpa dipanggil membela diri atas pertuduhan itu.

Penghakima­n itu disampaika­n yang mana pada Jumaat untuk keputusan kes, setelah akhir peringkat pendakwaan.

Nurchaya mengatakan, selepas menilai semua bukti, di samping perkara dibangkitk­an pihak pembelaan, beliau mendapati pihak pendakwaan gagal membuktika­n kes prima facie terhadap kedua-dua tertuduh.

Mengikut pertuduhan, Hasnawati dan Melvin dengan dua yang masih bebas mengedar dadah jenis Methamphet­amine seberat 154.36 gram.

Kesalahan dilakukan pada 9 September 2016 jam 2.30 petang, di sebuah restoran makanan segara, di pusat membeli-belah One Borneo, Jalan Sulaman, di sini.

Hukuman yang diperuntuk­kan mengikut Seksyen 39 B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952, jika sabit salah boleh dikenkakan gantung mandatori.

Sepanjang perbicaraa­n, pihak pendakwaan yang diwakili Timbalan Pendakwara­ya Gan Peng Kun memanggil enam saksi memberikan keterangan.

Mahkamah juga mengarahka­n kedua-dua tertuduh dirujuk ke Jabatan Imigresen, untuk tindakan lanjut.

Peguam Hamid Ismail mewakili Hasnawati, manakala Melven diwakili peguam Serena Liew dibantu Nurul Rafeeqa Abdul Mutolip.

 ??  ?? HANSAWATI (dua, kanan) mendengar penjelasan Hamid (kanan), Melven (tiga, kiri) bersama dengan Serena (dua, kiri) dan Nurul Rafeeqa (kiri).
HANSAWATI (dua, kanan) mendengar penjelasan Hamid (kanan), Melven (tiga, kiri) bersama dengan Serena (dua, kiri) dan Nurul Rafeeqa (kiri).

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia