Utusan Borneo (Sabah)

Lelaki ada waran tangkap ditahan

Hasil operasi bersepadu di beberapa lokasi sekitar bandar

- Oleh YUSOP TEPPO

SANDAKAN: Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sandakan berjaya mengesan seorang lelaki yang mempunyai waran tangkap ke atasnya, dalam operasi di beberapa lokasi di bandar Sandakan bermula malam Rabu hingga awal pagi Khamis.

Ketua Polis Daerah SandakanAs­istenKomis­ioner Mohd Azhar Hamin berkata individu terbabit antara yang diperiksa ketika sekatan jalan raya yang dibuat dengan 62 kenderaan diperiksa.

Beliau berkata pihaknya menjalanka­n operasi bersepadu mencegah jenayah, diketuai oleh Ketua Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamata­n Komuniti Daerah DSP

Operasi bertujuan mencegah daripada berlakunya jenayah seperti pecah rumah, curi kenderaan, ragut, samun, pemerasan dan sebagainya ASISTEN KOMISIONER MOHD AZHAR HAMIN Ketua Polis Daerah Sandakan

Radin Hazlen Radin Harun dengan menggerakk­an empat pegawai dan 22 anggota dari pelbagai bahagian termasuk Pasukan Sukarelawa­n Polis (SPDRM).

“Operasi bertujuan mencegah daripada berlakunya jenayah seperti pecah rumah, curi kenderaan, ragut, samun, pemerasan dan sebagainya,” katanya.

Katanya, beberapa individu turut ditahan untuk siasatan lanjut.

Sehubungan itu, Azhar menyeru orang ramai yang mempunyai maklumat

mengenai kegiatan jenayah agar segera menyalurka­n maklumat kepada pihak polis untuk sama-sama membantu dalam membantera­s jenayah di daerah ini.

Sementara itu dalam kes berasingan, tiga warga Filipinaya­ngcubameny­elinap masuk ke daerah ini ketika umat Islam menunaikan solat tarawih, berjaya diberkas di perairan Pulau Berhala, malam Rabu lepas.

Ketiga-tiga suspek berumur 19 hingga 50 tahun dipercayai menyeludup dengan membawa 2,500 biji telur penyu menggunaka­n sebuah bot pam, ditahan pada jam 8 malam oleh Pasukan Gerakan Am (PGA) Batalion 15 Sandakan.

 ??  ?? PIHAK polis melakukan sekatan jalan raya pada awal pagi Khamis.
PIHAK polis melakukan sekatan jalan raya pada awal pagi Khamis.
 ??  ?? ANGGOTA polis membuat pemeriksaa­n di salah sebuah rumah ketika operasi bersepadu.
ANGGOTA polis membuat pemeriksaa­n di salah sebuah rumah ketika operasi bersepadu.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia