Utusan Borneo (Sabah)

Batas buat laporan polis individu hina Agong di FB

-

KOTA KINABALU: Badan Amal Tarbiah Sejagat Malaysia (Batas) Negeri Sabah membuat laporan polis, berhubung tindakan seorang pemilik akaun di laman sosial (Facebook) yang menghina Yang Di-Pertuan Agong XV Sultan Muhammad V.

Timbalan Ketua Penerangan Batas Negeri Sabah Shyazreen Asri berkata laporan dibuat berikutan tidak berpuas hati dengan tindakan pemilik akaun terbabit yang secara terang menghina Agong sebagai ketua negara.

Beliau berkata, pemilik akaun Facebook yang menggunaka­n nama Ali Abd Jalil telah memuat naik status pada 24 Mei 2018 sekitar jam 5.01 pagi memaparkan perkataan kasar, menghina serta memaki hamun Agong.

katanya, status tersebut selain menghina Agong juga turut mencabar pasukan keselamata­n (Polis) untuk mengambil tindakan kepada beliau sebagai (pemilik akaun).

“Status media sosial pemilik akaun ini terkandung status provokasi yang menghina Agong selaku ketua negara.

“Kami mendesak pihak berkuasa menyiasat dan mengambil tindakan sewajarnya terhadap pemilik akaun terbabit,” katanya ketika ditemui selepas membuat laporan polis di Balai Polis Karamunsin­g, di sini.

Shyazreen berkata, pihaknya juga meminta semua rakyat yang melihat status ini turut tampil membuat laporan polis.

“Kita tidak boleh membiarkan budaya seperti ini berterusan berlaku, justeru kita meminta rakyat tampil membuat laporan supaya tindakan dapat diambil kepada pelaku berkenaan,” katanya.

 ??  ?? SHYAZREEN Asri menunjukka­n salinan laporan polis selepas membuat laporan polis di Balai Polis Karamunsin­g Kota Kinabalu.
SHYAZREEN Asri menunjukka­n salinan laporan polis selepas membuat laporan polis di Balai Polis Karamunsin­g Kota Kinabalu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia