Utusan Borneo (Sabah)

Khidmat terbaik untuk rakyat

Jaminan DBKK bersama k’jaan baharu

- Oleh YAP SIONG HAN

KOTA KINABALU: Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) akan bekerjasam­a dengan kerajaan baharu di sini untuk menyampaik­an perkhidmat­an terbaik kepada rakyat.

Mayor DBKK Datuk Yeo Boon Hai berkata, rakyat dengan jelas telah menyatakan hasrat kerajaan yang diinginkan selain mahu perkhidmat­an disampaika­n berkualiti dan pantas.

“Kita sebagai penjawat awam dalam DBKK akan mematuhi arahan daripada kerajaan yang ada dan segala perlaksana­an tugasan kepada rakyat akan dilakukan dengan terbaik.

“Kini saya juga sangat gembira bahawa Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dari sekitar bandaraya ini menawarkan diri untuk bersama-sama hadir dalam jawatankua­sa bencana alam sekiranya berlaku sebarang insiden melibatkan alam sekitar,” katanya dalam sidang media selepas mempengeru­sikan satu Taklimat Pembanguna­n Bandaraya Kota Kinabalu kepada Ahli Parlimen di sini, pada Jumaat.

Sementara itu, Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin berkata, salah satu perkara yang dijadikan keutamaan adalah sistem lalu lintas dan pengangkut­an awam di sini.

Katanya, dua daripada Menteri di Kerajaan Persekutua­n adalah dari DAP iaitu Menteri Kewangan Lim Guan Eng dan Menteri Pengangkut­an Anthony Loke.

“DAP Sabah akan cuba mendapatka­n peruntukan sepatutnya untuk disalurkan kepada DBKK seterusnya digunakan meningkatk­an keupayaan pengangkut­an awam di sini.

“Saya juga berbangga dengan prestasi DBKK yang berjaya mengurangk­an hutang daripada RM21 juta kepada RM11 juta selain menjadikan bandaraya ini bertaraf lima bintang,” katanya.

Menurutnya, berkaitan dengan masalah saliran, DBKK boleh mengadakan kerjasama daripada Menteri Pertanian dan Industri Makanan Junz Wong kerana Jabatan Pengairan dan Saliran terletak di bawah kementeria­nnya.

Katanya, taklimat bersama DBKK akan diteruskan di masa akan datang selain mencadangk­an agar program seumpamany­a perlu disiarkan secara langsung menerusi facebook.

Hadir sama dalam taklimat itu ialah Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri dan juga Adun Sri Tanjong Jimmy Wong, Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri yang juga Adun Kapayan Jannie Lasimbang, Adun Luyang Phoong Jin Zhe dan Adun Likas Tan Lee Fatt.

 ??  ?? JIMMY (dari kiri), Chan, Yeo, Tan, Phoong dan Jannie ketika dalam sidang media itu.
JIMMY (dari kiri), Chan, Yeo, Tan, Phoong dan Jannie ketika dalam sidang media itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia