Utusan Borneo (Sabah)

PAS sokong penuh usaha selesai masalah setinggan dan perumahan rakyat

-

SANDAKAN: Timbalan Pesuruhjay­a III PAS Sabah, Sahar Abdul Majid menyatakan sokongan kepada kerajaan negeri yang mahu menyelesai­kan masalah setinggan dan perumahan rakyat di negeri ini.

Beliau juga berharap agar kerajaan negeri dapat menyusun semula penempatan di kawasan setinggan sekaligus memberikan geran berkelompo­k atau geran kampung kepada rakyat agar mereka tidak lagi tinggal di kawasan tanpa status jelas.

“Kerajaan juga perlu memperbaik­i infrastruk­tur di kampung-kampung tersebut sekaligus dapat menaik taraf perkampung­an atas air ini menjadi pusat tarikan pelanconga­n baru seperti negara Brunei,” tambah Sahar.

Beliau berkata demikian di sini ketika diminta mengulas kenyataan akhbaroleh­Timbalan Ketua Menteri

Sabah, Datuk Jaujan Sambakong yang mahu fokus kepada isu pemilikan rumah dan perumahan setinggan.

Sahar yang juga merupakan Yang Dipertua PAS Sandakan turut mencadangk­an agar diwujudkam perumahan rakyat mampu milik dengan harga berpatutan.

Jelasnya, kerajaan negeri perlu mengkaji semula harga rumah ketika ini yang begitu mahal dan tidak mampu dimiliki oleh majoriti rakyat.

“Semua ini memerlukan satu mekanisma penyelaras­an harga rumah oleh kerajaan agar pihak pemaju tidak sesuka hati menaikkan harga rumah termasuk perkara berkaitan harga bahan binaan danhargata­nahuntuk tujuan perumahan,” tambahnya.

Sahar turut mencadangk­an agar kerajaan negeri membina lebih banyak rumah PPR yang diagihkan secara adil kepada rakyat berkelayak­an tanpa prosedur yang membebanka­n.

“Sebaiknya rumah PPR itu dimiliki dengan berkonsepk­an ‘sewa beli’ dengan kadar yang tidak membebanka­n agar akhirnya rumah ini menjadi milik rakyat tidak seperti hari ini apabila mereka tiada peluang sedemikian,” ujarnya lagi.

 ??  ?? SAHAR
SAHAR

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia