Utusan Borneo (Sabah)

Sistem pengangkut­an dinaik taraf

Supaya ia setanding dengan sistem pengangkut­an di Semenanjun­g

- Oleh YAP SIONG HAN menyampaik­an cendera kenangan kepada Chan (dua kiri) turut kelihatan ialah Jimmy (kiri), Tan ( tiga kanan), Phoong ( dua kanan) dan Jannie (kanan).

KOTA KINABALU: Kerajaan memberikan jaminan bahawa sistem pengangkut­an di bandaraya ini akan dinaik taraf sehingga setanding dengan kemudahan yang ada di negeri lain.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Luyang Phoong Jin Zhe berkata, sistem pengangkut­an yang sedia ada sudah ketinggala­n zaman berbanding negeri lain di Semenanjun­g Malaysia.

“Cadangan perkhidmat­an menggunaka­n Bas Rapid Transit (BRT) di sini telah diluluskan dalam satu sidang Parlimen pada 2015 tetapi perlaksana­an yang dijanjikan pada 2016 gagal dimulakan.

“Oleh itu, dengan pertukaran kerajaan kini, saya rasa kami mempunyai tanggungja­wab sangat berat bagi memenuhi jangkaan rakyat yang inginkan satu sistempeng­angkutanmo­den,” katanya dalam sidang media selepas hadir dalam Taklimat Dewan Bandaraya Kota Kinabalu (DBKK) kepada Ahli Parlimen di sini, pada Jumaat.

Sementara itu, Pembantu Menteri Undang-Undang dan Hal Ehwal Anak Negeri yang juga Adun Kapayan Jannie Lasimbang mencadangk­an DBKK perlu mengadakan satu sesi dialog bersama orang ramai sekali sebulan.

Katanya, perkara itu dilihat lebih berkesan dalam usaha pihak berkuasa tempatan untuk mendapatka­n sebarang aduan daripada rakyat.

Pembantu Menteri di Jabatan Ketua Menteri dan juga Adun Sri Tanjong Jimmy

“Dengan pertukaran kerajaan kini, saya rasa kami mempunyai tanggungja­wab sangat berat bagi memenuhi jangkaan rakyat yang inginkan satu sistem ” pengangkut­an moden PHOONG JIN ZHE

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Luyang

Wong turut mencadangk­an bahawa pendapat orang awam wajar disertakan dalam sebarang sistem yang diperkenal­kan oleh DBKK khususnya tiket letak kenderaan.

Selain itu katanya, semua kontraktor yang dipertangg­ungjawab membersihk­an bandaraya di daerah seluruh negeri juga perlu dipantau.

“Mereka harus patuhi terma serta syarat yang ditentukan DBKK untuk membersihk­an kawasan masing-masing dengan lebih baik dan tidak hanya mengambil keuntungan semata-mata sehingga mengabaika­n kebersihan,” katanya.

Adun Likas Tan Lee Fatt dalam pada itu turut bersetuju bahawa proses menaik taraf sistem pengangkut­an, lalu lintas, masalah banjir dapat diselesaik­an segera.

Hadir sama ialah Ahli Parlimen Kota Kinabalu Chan Foong Hin dan Mayor DBKK Datuk Yeo Boon Hai.

 ??  ?? YEO
YEO

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia