Utusan Borneo (Sabah)

Ahmad Shabery undur diri

-

KEMAMAN: Bekas Anggota Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek (gambar) mengundur diri sebagai ketua UMNO cawangan Gong Chengal pada Khamis.

Kini jawatan tersebut dipangkuti­mbalannya,Datuk Mustaffa Ab Rahman.

Ahmad Shabery berkata tindakan itu adalah bagi memberi peluang golongan muda menerajui UMNO cawangan itu seterusnya membuka ruang kepada mereka menjadi pelapis untuk mengambil alih kepimpinan parti.

“Saya sendiri sebagai ketua cawangan berundur diri dan kita telah membina barisan pelapis untuk mengambil alih.

“Buat sementara waktu timbalan yang akan memimpin tetapi naib timbalan kita beri pada orang muda... Kita nak lihat lebih ramai wajahwajah muda di peringkat kampung, (memimpin parti),” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita pada Persidanga­n Agung UMNO Cawangan dan sayap Wanita, Puteri dan Pemuda Gong Chengal kali ke-28 tahun 2018 di sini pada Khamis.

Menurut Ahmad Shabery, beliau mengundurk­an diri pada peringkat cawangan dahulu manakala di peringkat bahagian pula akan diaturkan kemudian.

“Sekarang ini cawangan dahulu... peringkat bahagian saya akan atur selepas ini dan sebenarnya jawatan saya sebagai timbalan bahagian juga akan diambil alih orang lain,” katanya.

Mengulas mengenai keputusan Pilihan Raya Umum ke -14 yang lalu Ahmad Shabery berkata UMNO perlu melihat secara serius masalah pengundipe­ngundi muda di saluran tiga dan empat bukan sahaja sahaja diperingka­t atasan tetapi juga diperingka­t bawahan. -Bernama

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia