Utusan Borneo (Sabah)

Shahidan didesak sembah maaf ke atas Raja Perlis

-

ARAU:Keluarga besar Jamalullai­l Perlis pada Jumaat mendesak Pengerusi Badan Perhubunga­n UMNO Perlis Datuk Seri Shahidan Kassim menyembah maaf ke atas Raja Perlis Tuanku Syed Sirajuddin Putra Jamalullai­l kerana dianggap menderhaka terhadap titah baginda.

Wakil keluarga itu, Syed Zolkifli Syed Abdul Rahman Jamalullai­l berkata ini ekoran tindakan Shahidan dan sembilan Anggota Dewan Undangan Negeri (ADUN) Barisan Nasional (BN) yang memboikot Majlis Pelantikan dan Angkat Sumpah Menteri Besar di Istana Arau semalam.

“Mereka perlu memohon maaf kerana baginda pasti berasa tersinggun­g, tidak sedap hati serta menimbulka­n ketidak senangan hati di kalangan semua rakyat Perlis,” katanya selepas membuat laporan di Ibu Pejabat Polis Daerah Arau di sini, pada Jumaat.

Syed Zolkifli berkata laporan itu juga dibuat ekoran kenyataan Shahidan pada sidang akhbar di Kuala Lumpur pada Khamis yang menyebut bahawa Tuanku tidak perlu campur tangan dalam pentadbira­n, yang sepatutnya tidak diucapkan kepada Tuanku.

Katanya tindakan Shahidan dan semua ADUN berkenaan jugameliba­tkanmaruah­Tuanku dan seluruh keluarga baginda, justeru mereka harus memohon maaf secara terbuka kepada Raja Perlis dan menghormat­i institusi Diraja.

Dalam pada itu, ADUN Kuala Perlis daripada PKR, Nor Azam Karap turut membuat laporan polis hari ini bagi membolehka­n siasatan dijalankan terhadap Shahidan yang didakwa mengeluark­an kenyataan berbaur penghinaan terhadap Raja Perlis.

“Saya mewakili orang ramai berasa tidak puas hati dengan tindakan Shahidan dan meminta agar pihak berkuasa menyiasat perkara ini,” katanya kepada pemberita selepas berhimpun bersama orang ramai di hadapan Masjid Al Hussain di Kuala Perlis dekat sini bagi menyatakan sokongan terhadap baginda Tuanku. -Bernama

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia