Utusan Borneo (Sabah)

KDCA Johor promosi Sabah ke peringkat dunia

- Oleh ABD NADDIN HJ SHAIDDIN KDCA Johor bersama Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia Dato Zulkfifli Adnan.

SINGAPURA: Komuniti diplomat dan ekspatriat dari pelbagai negara berpeluang menyaksika­n kekayaan khazanah budaya Sabah dalam acara ‘Taste Of Borneo’ yang diadakan di Rumah Malaysia, dekat sini.

Acara itu dianjurkan oleh Persatuan Kebudayaan Kadazandus­un (KDCA) Johor dengan kerjasama Causeway EXchange dengan sokongan Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia ke Singapura, Dato Zulkifli Adnan dan InvestKL.

Pengerusi KDCA Johor, Haris J Mintu berkata program itu sebagai satu peluang yang berharga untuk memperagak­an keindahan budaya Kadazandus­un dan secara tidak langsung mempromosi pelanconga­n Sabah ke seluruh dunia.

“Kami sangat berterima kasih kepada Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia ke Singapura, Dato Zulkfili kerana sudi menjadi tuan rumah dan kami akan bekerjasam­a dengan CausewayEx­change untuk penganjura­n program seumpama itu pada masa depan,” katanya melalui aplikasi WhatsApp kepada Utusan Borneo.

Acara itu dimulakan dengan ucapan aluan oleh Datin Siti Hawa, isteri kepada Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia ke Singapura, Dato Zulkifli Adnan dikiuti dengan tayangan video promosi Pelanconga­n Sabah.

Juru acara juga memberikan penerangan mengenai Pesta Kaamatan yang dimulakan dengan pertunjuka­n fesyen oleh tujuh ahli KDCA Johor yang berpakaian pakaian tradisi Kadazandus­un dari Penampang, Tambunan dan Kota Belud.

AHLI

Ia turut diserikan dengan persembaha­n nyanyian oleh juara Sugandoi, Daryl Wesmin.

Pertunjuka­n fesyen itu berakhir dengan tarian sumazau di mana hadirin dijemput untuk ikut menari.

Pengarah Festival, Causeway EXchange, Shawn Lourdusamy berkata, ramai di kalangan anggota diplomatik khususnya dari pelbagai negara yang belum pernah mendengar mengenai Sabah memutuskan untuk datang ke Sabah bagi melihat sendiri khazanah dan kebudayaan Sabah.

Malah ada di antara mereka merancang untuk ke Sabah selepas menghadiri Program Taste of Borneo di Rumah Malaysia itu.

Sementara itu, Pesuruhjay­a Tinggi Malaysia ke Singapura, Dato Zulkifli Adnan berkata program itu mendapat sambutan yang membanggak­an.

Persembaha­n budaya Sabah diterima dengan amat baik oleh masyarakat Singapura dan Komuniti Ekspatriat yang berada di Singapura.

“Hadirin merasa kagum dengan pakaian tradisi dan lebih menyeronok­kan lagi kerana mereka dapat ikut menari tarian tradisi,” katanya.

Beliau juga berkata kolaborasi antara CausewayEX­change, InvestKL dan Perwakilan akan diteruskan untuk membawa lebih banyak lagi kumpulan kesenian dari negeri lain untuk membuat persembaha­n di Singapura.

Hadir bersama dalam majlis itu ialah Pengerusi Unduk Ngadau KDCA Negeri Sabah, Joanna Datuk Kitingan.

 ??  ??
 ??  ?? ANTARA ahli KDCA Johor yang menjayakan program itu.
ANTARA ahli KDCA Johor yang menjayakan program itu.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia