Utusan Borneo (Sabah)

Labuan tiada masalah Rozman sertai Warisan

- Oleh HENRY BATING

LABUAN: Parti Warisan Sabah di sini boleh bekerjasam­a dengan Ahli Parlimen Labuan, Datuk Rozman Isli jika Ketua Bahagian Umno Labuan itu menyertai Warisan, namun beliau hendaklah menumpukan perhatian dan tugas di peringkat persidanga­n Parlimen dan mungkin tugas tertentu di Kuala Lumpur.

Ketua Penerangan Warisan Labuan, Julius Theobald Elias (gambar) berkata Rozman hendaklah memberikan kompromi kepada Warisan, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP di sini untuk merelisasi­kan agenda perubahan di Labuan seperti yang ditawarkan kepada rakyat melalui manifesto PRU14.

“Monopoli dan rasis yang diamalkand­alampemeri­ntahan Umno hendaklah dihapuskan sama sekali, para pengikut Rozman (Isli) hendaklah menerima kenyataan bahawa Umno tidak lagi berkuasa, Umno sudah jadi pembangkan­g, monopoli kuasa, jawatan, kontrak, peluang ekonomi dan memilih bulu yang diamalkan Umno tidak lagi relevan dan sudah berakhir, jangan sekali-kali bawa amalan Umno ke dalam Warisan,” tegas Julius.

Rozman dan bekas ahli-ahli Umno yang akan menyertai Warisan, PKR atau DAP hendaklahm­emahamidan­perlu menganjak paradigma untuk sama-sama memperjuan­gkan agenda perubahan di Labuan dan bukan semata-mata menyertai parti pemerintah kerana mahu mengekalka­n kedudukan dan peluang yang diperoleh dari Umno dahulu.

“Biarlah Rozman memberikan tumpuan terhadap tugasnya di Kuala Lumpur, manakala tugastugas utama di Labuan hendaklah diagihkan kepada para penggerak Warisan, PKR dan DAP,” kata Julius sambil menambah, itulah formula pengagihan kuasa yang sebaikbaik­nya diamalkan di Labuan dalam pemerintah­an baharu ini.

Julius menyatakan demikian sebagai rangkuman dari beberapa siri perbincang­an Warisan di sini mengenai desas-desusRozma­nmenyertai Warisan.

Rozman dikatakan berada dalam peringkat akhir proses menyertai Warisan namun sebelum membuat keputusan dan pengumuman rasmi, dikatakan beliau akan terlebih dahulu pergi mengerjaka­n umrah.

Julius menambah, kemasukan Rozman ke dalam Warisan sedikit sebanyak membimbang­kan kalangan penggerak Warisan, PKR dan DAP di sini kerana khuatir penyertaan Rozman dan bekas ahli-ahli Umno hanya akan merosakkan agenda perubahan menentang amalan monopoli dan rasis Umno selama ini.

 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia