Utusan Borneo (Sabah)

Jelius tagih khidmat tenaga import baharu

Keperluan segera bagi mantapkan pasukan Sabah

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Ketua jurulatih Sabah, Jelius Ating berharap sekurang-kurangnya salah satu daripada dua lagi kekosongan pemain import dapat diisi sebelum perlawanan seterusnya.

Jelius berkata, ia adalah keperluan segera bagi memantapka­n pasukan.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi selepas perlawanan Sabah menentang Felda United di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka, Pahang pada saingan Liga Premier, Khamis lalu.

Pada perlawanan itu, Sabah yang hanya diperkuatk­an dua pemain import tumpas 1-0 oleh jaringan Wan Zack Haikal pada minit terakhir separuh masa pertama.

Sabah kini hanya diperkuatk­an dua pemain import iaitu pemain pertahanan, Francis Kasonde dan penyerang, Hector Omar Ramos Lebron selepas dua lagi pemain import dari Korea Selatan, Heo Jaenyong (pemain tengah) dan Lee

“Saya berharap sekurang-kurangnya seorang pemain import baharu dapat diambil menjelang perlawanan seterusnya. Bagaimanap­un, banyak perkara perlu diambil kira dalam mengambil pemain import termasuk daripada aspek kewangan. Sebab itu perlu ada penyelesai­an pucuk pimpinan persatuan terlebih dahulu sebelum tindakan lanjut ” dapat diambil. JELIUS ATING Ketua jurulatih Sabah

- Gambar BERNAMA Gil Hoon (penyerang) tidak disambung kontrak yang tamat pada 17 Mei lalu.

Jelius sedang menguji beberapa calon import baharu tetapi belum ada keputusan dari pihak atasan mengenainy­a.

Difahamkan bahawa Persatuan Bola Sepak Sabah (SAFA) yang diketuai Ketua Menteri terdahulu, Tan Sri Musa Aman selaku presiden, terkesan dengan perubahan kerajaan negeri.

“Saya berharap sekurangku­rangnya seorang pemain import baharu dapat diambil menjelang perlawanan seterusnya.

“Bagaimanap­un, banyak perkara perlu diambil kira dalam mengambil pemain import termasuk daripada aspek kewangan. Sebab itu perlu ada penyelesai­an pucuk pimpinan persatuan terlebih dahulu sebelum tindakan lanjut dapat diambil,” katanya.

Mengenai kekalahan di tangan Felda, Jelius berkata, berhadapan dengan pendahulu carta liga, ia adalah aperlawana­n sukar apabila Sabah hanya bermain dengan dua pemain import.

“Bagaimanap­un, kurang dua pemain import bukan penyebab utama kekalahan kami sebaliknya ia lebih kepada disebabkan oleh ke tumpuan penyudah.

“Kami mencipta banyak peluang tetapi gagal dimanfaatk­an disebabkan penyudah tumpul. Felda pula dapat satu peluang dan terjemahka­nnya kepada jaringan, itu pun berpunca daripada sepakan percuma,” katanya.

Kekalahan itu mengekalka­n Sabah kekal di tangga kelima liga dengan 15 mata sekurangku­rangnya sehingga sebelum beberapa lagi perlawanan berlangsun­g semalam.

Felda pula terus gah di singgahsan­a dengan 32 mata.

“Harap-harap ada perubahan positif pada perlawanan akan datang. Kami perlu bangkit untuk terus berada dalam kelompok pasukan pencabar utama saingan ini” kata Jelius.

Sabahakana­kanmenerus­kan cabaran menentang UKM FC di Stadium Likas pada 2 Jun depan.

 ??  ?? PENJAGA gol Felda United FC Mohd Farizal Harun (kanan) berjaya menyelamat­kan percubaan dari pemain Sabah Maxsius Musa pada perlawanan Liga Premier Malaysia 2018 di Stadium Tun Abdul Razak (STAR), Jengka malam Khamis.
PENJAGA gol Felda United FC Mohd Farizal Harun (kanan) berjaya menyelamat­kan percubaan dari pemain Sabah Maxsius Musa pada perlawanan Liga Premier Malaysia 2018 di Stadium Tun Abdul Razak (STAR), Jengka malam Khamis.
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia