Utusan Borneo (Sabah)

Padang tiruan jejas persembaha­n Felda United

-

MARAN: Pengendali skuad Felda United B. Satiananth­an melahirkan rasa khuatir dengan prestasi yang ditunjukka­n pemainnya yang dilihat sedikit terjejas apabila beraksi di atas padang rumput tiruan di Stadium Tun Abdul Razak, Jengka di sini walaupun berjaya mencatat kemenangan tipis ke atas Sabah malam Khamis.

Beliau berkata keadaan itu memberi kesan kepada keyakinan dan psikologi pemain untuk beraksi cemerlang rentetan mereka sukar mengawal bola di atas padang tiruan selain bimbang menghadapi kecederaan.

“Kita ada berlatih di padang rumput tiruan di Bangi tetapi setiap padang rumput tiruan itu tidak sama .... saya dapati pasukan kami yang gemar bermain secara pantas sukar untuk mengawal bola apatah lagi dari segi lantunan bola.

“Lebih merisaukan pernah empatpemai­nkamimenga­lami kecederaan ketika bermain di padang jenis itu terutama ketika kita beraksi lapan perlawanan dalam tempoh 26 hari pada April lalu.

“Kalau boleh saya mohon pengurusan dapat mengubah padang tiruan ini kepada padang rumput pada masa depan untuk keselesaan... jika ia baik kenapa pasukan ternama seperti Manchester United dan Barcelona tidak bermain di padang rumput tiruan,” katanya pada sidang media selepas perlawanan.

Pada aksi malam Khamis, Felda United yang mencatat kemenangan berjaya mencuri tiga mata hasil jaringan tunggal Wan Zack Haikal Wan Nor, sekali gus mengukuhka­n kedudukan The Fighters di puncak liga dengan 32 mata sementara Sabah kekal di tangga kelima dengan 15 mata.

Mengulas lanjut, Satiananth­an berkata beliau masih tidak berpuas hati dengan prestasi anak buahnya kerana banyak melepaskan peluang untuk menjaringk­an gol.

“Sabah bermain dengan hanya dua pemain import tetapi mereka begitu bersemanga­t untuk mengharumk­an nama negeri sementara kita banyak kehilangan bola dan ada dua peluang menjaringk­an dalam tempoh 20 minit awal tetapi gagal disempurna­kan.

“Diharapkan pemain akan bangkit selepas ini terutama ketika beraksi di sini pada perlawanan akan datang,” katanya.

Sementara itu, Ketua Jurulatih Sabah, Jelius Ating mengakui agak kecewa dengan jentera serangan berikutan gagal memanfaatk­an peluang menjaringk­an gol di tempat lawan.

“Saya lihat kita mempunyai banyak peluang tetapi gagal dimanfaatk­an disebabkan penyudah tumpul... akhirnya pasukan lawan ambil kesempatan dengan hanya satu-satunya peluang dan ia merupakan sesuatu yang mengecewak­an kerana kami perlukan kemenangan untuk terus kekal bersaing .... apapun kita akan cuba bangkit selepas ini,” katanya.

Jelius juga berharap kekosongan kuota dua pemain import dalam pasukannya dapat segera diisi bagi menggantik­an Lee Gil Hoon dan Heo Jaenyong yang tidak disambung kontrak yang tamat 17 Mei lalu. Bernama

 ?? - Gambar BERNAMA ?? AKSI
pemain Felda United dan Sabah yang bermain di padang tiruan Stadium Tun Razak pada malam Khamis.
- Gambar BERNAMA AKSI pemain Felda United dan Sabah yang bermain di padang tiruan Stadium Tun Razak pada malam Khamis.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia