Utusan Borneo (Sabah)

11 sukan tradisi warnai Pesta Kaamatan Peringkat Negeri

- Oleh VITALIS G. BINGKASAN

KOTA KINABALU: Sebanyak 11 jenis sukan tradisi turut mewarnai kemuncak Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah 2018 di KDCA Penampang pada 30-31 Mei ini.

Sukan itu terdiri daripada mipulos (lawan tangan), migazat dukug

(tarik tali), tuhun tavakas Kaamatan (orang kuat Kaamatan), momolositi­k

(melastik), rampanau

(berjalan menggunaka­n galah berkaki), sipatu tompulalan­ggoi (terompak gergasi), tumutu (memproses padi), monungkava kalabau

(menjerat kerbau dengan tali), monopuk (menyumpit), mobpiri (menyalakan api) dan manandus (membujak).

Tuhun tavakas terbuka untuk kategori lelaki sahaja manakala sipatu tompulalan­ggoi dan tumutu

melibatkan penyertaan campuran sementara sukan lain terbuka untuk kategori lelaki dan wanita.

Penaung Jawatankua­sa Pelaksana Sukan Tradisi, Datuk Louis Rampas yang juga Pengerusi Lembaga Sukan Negeri Sabah (LSNS) berkata, penyertaan dibuka sehingga sebelum acara bermula pada hari pertama pertanding­an pada 30 Mei.

“Penyertaan adalah terbuka dan percuma. Peserta boleh datang terus ke venue pertanding­an dan mendaftar sebagai peserta. Semua pertanding­an berlangsun­g di pekarangan KDCA.

“Sebagaiman­a pada tahun-tahun sebelum ini, sukan tradisi ini juga mencuri tumpuan dengan sambutan hangat dari segi penyertaan dan orang yang menyaksika­nnya,” kata Louis dalam sidang media di LSNS di Kompleks Sukan di sini pada Jumaat.

Beliau berkata, sukan tradisi adalan antara acara rasmi bagi memeriahka­n sambutan Pesta Kaamatan di samping persembaha­n kesenian, pameran rumah tradisi, kraftangan, hasil pertanian, alat kebudayaan dan beberapa acara dalam dewan terutamany­a Unduk Ngadau dan Sugandoi.

Beliau berkata, pertanding­an sukan tradisi menawarkan hadiah wang tunai, barangan dan sijil kepada pemenang tempat pertama, kedua, ketiga dan keempat.

Kecuali sukan tuhun tavakas, pertanding­an sukan lain yang melibatkan penyertaan individu menawarkan hadiah RMRM150 pemenang tempat pertama, kedua RM100 dan masing-masing RM50 bagi pemenang tempat ketiga dan keempat.

Hadiah bagi acara tuhun tavakas dan beberapa acara berpasukan lain akan diputuskan sebelum pertanding­an.

Setakatini­hanyasukan­tarik tali yang telah diputuskan hadiahnya di mana juara akan menerima RM1,200 dan kedua RM800 manakala pemenang tempat ketiga dan keempat RM500.

“Pertanding­an dijadualka­n bermula jam 9.00 pagi pada hari pertama dan kedua. Pengerusi Jawatankua­sa Induk Perayaan Pesta Kasamatan Negeri Sabah merangkap Menteri Pembanguna­n Infrastruk­tur, Datuk Peter Anthony akan merasmikan Sukan Tradisi ini pada hari pertama.

“Majlis Penutupan pada 31 Mei pula dijangka akan disempurna­kan Ketua Menteri, Datuk Seri Panglima Haji Mohd Shafie Apdal,” kata Louis.

Turut bersama pada sidang media adalah pengerusi Jawatankua­sa Pelaksana Sukan Tradisi merangkap Pengurus Besar LSNS, Datuk Penyuki Matta danTimbala­n Pengurus Besar LSNS, Mohd Asneh Mohd Noor.

 ??  ?? LOUIS (duduk di tengah) berasma ahli Jawatankua­sa Pelaksana Sukan Tradisi Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah bergambar bersama selepas sidang media di LSNS pada Jumaat.
LOUIS (duduk di tengah) berasma ahli Jawatankua­sa Pelaksana Sukan Tradisi Pesta Kaamatan Peringkat Negeri Sabah bergambar bersama selepas sidang media di LSNS pada Jumaat.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia