Utusan Borneo (Sabah)

JJFC juara bola sepak Allianz Cup

Kejayaan semarakkan semangat belia Tenom

- Oleh SALMAN ABADI

TENOM: Kejayaan Kelab Bola Sepak Jamawi Jaafar (JJFC Tenom) merangkul kejuaraan Allianz Cup ‘Junior Football Camp Malaysia League 2018’ Zon Sabah baru-baru ini bukan sahaja mencatat sejarah, malah menyemarak­kan semangat para belia remaja Tenom dalam arena bola sepak.

Pada aksi final kejohanan tersebut yang berlangsun­g di Stadium Likas Kota Kinabalu, JJFC Tenom menumpaska­n pasukan Safa Kota Belud dengan kemenangan bergaya 3 – 0.

Dengan kemenangan itu, pasukan JJFC Tenom merangkul hadiah wang tunai RM3,500, medal dan juga piala iringan.

Dalam tujuh perlawanan di peringkat kumpulan, JJFC menang lima perlawanan, tewas sekali 0 - 1 dengan pasukan Karamunich Junior FC dan seri sekali 1-1 dengan pasukan Keningau FA.

Pada akhir persaingan kumpulan, JJFC Tenom berjaya mengunggul­i carta dengan menduduki tangga pertama Kumpulan B dengan mengumpul 16 mata, jaringan 15 gol dan hanya bolos 2 gol, diikuti tangga kedua Kumpulan B, Safa Kota Belud dengan mengumpul 15 mata, jaringan 12 gol dan bolos 4 gol.

Dalam perlawanan pusingan separuh akhir, JJFC Tenom selaku juara kumpulan B menewaskan naib juara kumpulan A Manggatal Town dengan kemenangan selesa 3 – 0.

Sementara itu, dalam satu lagi saingan separuh akhir, Safa Kota Belud selaku naib juara kumpulan B, menewaskan juara kumpulan A Tabb Safa Bandaraya U’16 dengan kemenangan tipis 1 - 0.

Kehebatan pasukan JJFC menjuarai kejohanan itu terus memahat sejarah manis buat warga Tenom apabila dua pemainnya dinobatkan menerima anugerah penjaga gol terbaik iaitu Jaifris dan rakan sepasukan, Rexzony Maryam dipilih sebagai pemain terbaik perlawanan akhir.

Keceriaan pasukan JJFC Tenom kian terserlah apabila seramai enam orang pemain dari pasukan tersebut dipilih untuk mewakili negeri Sabah ke peringkat kebangsaan pada bulan Julai depan.

“Kejayaan JJFC dalam kejohanan ini menggambar­kan semangat juang membara anak-anak watan daerah Tenom yang tidak mengenal erti putus asa,” kata Presiden Kelab JJFC Tenom, Jamawi Jaafar yang juga Adun N.36 Kemabong.

“Mereka telah berlatih bersungguh-seungguh dan menunjukka­n disiplin dan semangat juang yang kental dalam setiap perlawanan, hasil daripada itu telah membawa mereka kemercu kejayaan buat pertama kali kemunculan mereka dalam kejohanan itu,” katanya.

Katanya, kejayaan tersebut telah meniup semangat belia remaja daerah Tenom khususnya ahli-ahli kelab JJFC.

Menurutnya, penubuhan kelab JJFC pada tahun lalu adalah untuk memberi peluang anak-anak dan belia remaja daerah Tenom untuk meningkatk­an tahap kemahiran bola sepak yang tinggi melalui bimbingan para jurulatih bertauliah.

Di samping itu, beliau bukan sahaja ingin melihat bakat bola sepak berkaliber akan lahir dari daerah Tenom, tetapi juga yang lebih penting ialah kegiatan ini dapat mengamalka­n hidup sihat dan membendung gejala sosial dalam kalangan remaja.

Pada permulaan penubuhan kelab JJFC tahun lalu, Jamawi telah menjemput mantan jurulatih Sabah Justin Ganai dan lagenda pemain bola sepak Sabah seperti Matlan Marjan, Jelius Ating, Zainizam Marjan dan lain-lain bekas pemain Sabah untuk menjayakan program Klinik Bola Sepak JJFC Tenom ‘Back to Basic’.

Program klinik tersebut berjaya mengumpul belia remaja Tenom hampir 400 orang penyertaan yang berusia antara 7 hingga 14 tahun.

Klinik Bola Sepak JJFC selepas itu telah diteruskan oleh jurulatih-jurulatih tempatan (Tenom) pada setiap hari Sabtu setiap minggu.

Perkembang­an kejurulati­han bola sepak di daerah Tenom adalah hasil dua siri Kursus Kejurulati­han Bola Sepak Awalan dan Lesen ‘C’ AFC pada 2016 yang dikendalik­an oleh Gopalkrisn­en selaku Instruktur Bola Sepak AFC.

“Jurulatih di peringkat kami ini adalah sekadar pencungkil bakat di akar umbi dan mengembang­kan potensi kanak-kanak dan remaja untuk diketengah­kan ke peringkat yang lebih tinggi.

“Apa yang penting ialah keikhlasan dan keadilan dalam setiap pemilihan pemain, kata Zainudin Jalani selaku jurulatih JJFC U’16.

Menurutnya, kejayaan JJFC kali ini adalah juga kejayaan barisan para jurulatih daerah Tenom kerana merekalah yang memainkan peranan dalam pemilihan dan penyediaan pemain terbaik di peringkat awal dari pelusuk daerah.

Beliau juga merakamkan penghargaa­n dan terima kasih kepada pihak Safa Pusat dan rakan jurulatih seluruh Sabah yang banyak memberikan ilmu dan pengalaman berguna kepada para jurulatih daerah Tenom untuk meneruskan perjuangan sebagai agen pencungkil bakat.

“Kejayaan JJFC Tenom U’16 ini telah menjadi sumber inspirasi dalam kalangan kanak-kanak dan belia remaja daerah Tenom untuk terus bergiat aktif dalam arena bola sepak,” ujarnya.

Justeru, aktiviti permainan bola sepak bukan sahaja menjadi amalan untuk menyihatka­n tubuh badan, tetapi ianya juga dapat membendung gejala sosial kerana penglibata­n aktif remaja dalam arena bola sepak boleh membantu mengelakka­n remaja daripada membuang masa dan terlibat dengan pelbagai gejala negatif.

Dalam masa sama, bakat para pemain berpotensi yang berjaya digilap dan terus menyerlah di peringkat lebih tinggi, juga bakal berpeluang menjadikan bola sepak sebagai kerjaya profesiona­l pada masa depan, sekali gus mewarnai dunia bola sepak negara.

 ??  ??
 ??  ?? JAMAWI (empat kanan) hadir memberi sokongan moral kepada para pegawai dan pemain pasukan JJFC Tenom dan turut menyaksika­n perlawanan akhir kejohanan itu.
JAMAWI (empat kanan) hadir memberi sokongan moral kepada para pegawai dan pemain pasukan JJFC Tenom dan turut menyaksika­n perlawanan akhir kejohanan itu.
 ??  ?? (Gambar atas) PASUKAN JJFC Tenom merakamkan gambar kenangan selepas menjuarai Kejohanan Bola Sepak Allianz Cup di Stadium Likas. (Gambar kiri) BARISAN jurulatih JJFC Tenom diketuai Zainudin Jalani (tiga kanan).
(Gambar atas) PASUKAN JJFC Tenom merakamkan gambar kenangan selepas menjuarai Kejohanan Bola Sepak Allianz Cup di Stadium Likas. (Gambar kiri) BARISAN jurulatih JJFC Tenom diketuai Zainudin Jalani (tiga kanan).
 ??  ??

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia