Utusan Borneo (Sabah)

Negara demokrasi perlu Akta Referendum

-

MIRI: Sebuah negara demokrasi memerlukan Akta Referendum dengan memberi kuasa pentadbira­nkepadarak­yat menerusi pungutan suara rakyat.

Salah seorang pengasas pergerakan Sarawak For Sarawakian (S4S) Erick Chin berkata, sudah tiba masanya untuk kerajaan menggubal Akta atau Ordinan Referendum.

“S4S menggesa kerajaan PH (Pakatan Harapan) melaksanak­an Akta Referendum pada tahun ini.

“Saya percaya akta ini akan mewujudkan satu sistem pemerintah­an demokrasi yang lebih mantap,” jelasnya.

Erick berkata, pemimpin-pemimpin PH lebih memahami keperluan akta itu kerana pengalaman mereka memperjuan­gkan pemerintah­an demokrasi selama beberapa dekad lalu.

Beliau berharap kerajaan PH dalam melaksanak­an pemerintah­an yang telus dan adil turut memberi keutamaan kepada rakyat di bawah sistem kerajaan demokrasi.

“Kita mahu apa yang diperjuang­kan kerajaan PH dilaksanak­an. Kita tidak mahu janji-janji kosong,” jelas Erick.

Erick memberitah­u, sejumlah 260,000 tandatanga­n telah diperolehi bagi petisyen kempenyang­dilaksanak­an pada 16 September hingga 31 Disember 2015.

Ia ditandatan­gani rakyat berusia 21 tahun ke atas untuk menggesa kerajaan pemerintah menggubal Akta Referendum.

“Daripada sokongan yang diluahkan pemimpin-pemimpin PH terhadap akta ini, adalah menjadi harapan tinggi kita agar kerajaan PH melaksanak­annya,” tambah beliau.

Dalam konteks Sarawak, Erick berkata S4S terus berjuang mempertaha­nkan hak dan kepentinga­n Sarawak.

Menurutnya, sebagai negeri pembangkan­g, Ketua Menteri Datuk Patinggi Abang Johari Tun Openg harus tegas menuntut kembali hakhak terhakis dalam Perjanjian Malaysia 1963 (MA63).

“Kerajaan Sarawak tidak perlu lagi bersikap lemah lembut,” tegas beliau.

Newspapers in Malay

Newspapers from Malaysia